• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Z Ganti GT-R R35 untuk Super GT: GT500!

Nissan Z Ganti GT-R R35 untuk Super GT: GT500!

December 7, 2021 By Abang Hirata Leave a Comment

340
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN GT-R R35 ialah model ikonik. Menarik tentang R35 walaupun berusia kerana sudah dikeluarkan sejak 1999, tetapi masih kekal relevan dan digemari hingga hari ini.

Selain gah atas jalan, R35 juga hebat di litar lumba dan sudah menjadi jentera trek sejak awal debut dulu lagi. Sebagai makluman, GT-R spesifikasi GT500 direka dan dibangunkan Nismo dan mula dilumbakan sejak 2008.

BACA >>> Nissan GT-R NISMO Special Edition (2021) Dapat Bonet Karbon, Enjin Ditala Semula
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Nissan GT-R Dipanggil Godzilla, Bukan Dugong atau Ketam?

Dalam 14 musim perlumbaan, GT-R R35 memenangi 41 pusingan yang menjadi rekod kemenangan terbanyak untuk sesebuah model dalam sejarah kelas GT500. Dengan karier panjang dan gemilang, kini sudah sampai masa GT-R direhatkan.

Nissan pada 5 Disember lalu menggumumkan pengganti (bukan model baharu GT-R), iaitu Nissan Z GT500 yang akan memulakan cabaran dalam Super GT Series 2022. Soalannya, kenapa NissanZ?

  • Nissan Z ialah model sport baharu diperkenalkan pada Ogos 2021 di New York, Amerika Syarikat (AS). Siri Z bukan model baharu dalam perlumbaan, tetapi digunakan serata dunia dan memiliki sejarah yang kuat.
  • Pada awal 70-an, Nissan adalah pendatang baharu dalam arena lumba di AS, dengan mencatat kemenangan dalam perlumbaan SCCA C Production Series menggunakan model 240Z.

  • Pada era 90-an, Nissan memenangi beberapa perlumbaan dalam IMSA Series dengan model Z32 300ZX.
  • Nissan Z33 pula meraih kejayaan pada era 2000-an menerusi siri kejuaraan JGTC/Super GT.
  • Nissan tidak memperincikan spesifikasi Z GT500, tetapi apa yang pasti, ia semestinya cukup kuat untuk berentap dengan jentera lain seperti Toyota GR-Supra dan Honda NSX-GT.
  • Persaraan R35 GT500 juga tidak bermakna model itu akan dihentikan terus, tetapi terhad kepada kelas Super GT GT500 sahaja.
  • Nissan dan Nismo juga akan terus menyediakan kenderaan, alat ganti dan sokongan teknikal kepada GT-R NISMO GT3 dalam kelas GT300.
  • GT-R R35 versi jalanan pula akan terus dikeluarkan dan dijual kepada umum.
Rekod Kejayaan Nissan GT-R Nismo GT500
Musim 14
Perlumbaan 113
Petak utama 36
Kemenangan 41
Juara pemandu 5 (2008, 2011, 2012, 2014 dan 2015)
Juara pasukan 4 (2011, 2012, 2014 dan 2015)
Kemenangan 1-2-3 2 (Pusingan tiga di Autopolis, 2014; Pusingan tiga di Suzuka, 2021)

BACA >>> Jepun Perkenal Nissan Note Aura (2021), Hatchback Hibrid yang Tak Mahal Sangat!
BACA >>> Serius Bangunkan Kenderaan Elektrik, Nissan Labur RM74b!
BACA >>> Nissan Sylphy e-POWER Debut di China, Guna Petrol 3.9 Liter Sahaja untuk 100km!

Related

340
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Nismo, Nissan, Nissan GT-R Nismo GT500, Nissan Z, Nissan Z GT500, sukan permotoran, Super GT, Super GT:GT500

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my