• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 6 Spesial Tentang Honda City Hatchback (2022) yang Perlu Anda Tahu, Baru Lancar Tadi!

6 Spesial Tentang Honda City Hatchback (2022) yang Perlu Anda Tahu, Baru Lancar Tadi!

December 7, 2021 By Azhan O Leave a Comment

241
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA City Hatchback (2022) secara rasmi dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada harga:

  • RM75,670 - varian 1.5 S (asas)
  • RM83,060 - varian 1.5 E
  • RM87860 - varian 1.5 V (premium)
  • Harga 1.5 e:HEV RS akan diumumkan awal 2022.

City (202o) adalah model generasi kelima sejak kali pertama dilancarkan pada 1996, manakala model hatchback menyusul  sebagai pengganti hatchback segmen-B terdahulu, Jazz dan dibina menggunakan DNA City (2020) sedan .

Apakah yang menarik tentang City Hatchback (2022) yang perlu anda tahu? Mari kami senaraikan di bawah ini

1. ADA 4 VARIAN, DUA ENJIN

Ada empat varian ditawarkan dalam dua pilihan trenkuasa dan transmisi, iaitu:

  • 1.5  e:HEV RS - enjin hibrid i-MMD 1.5L DOHC iVTEC kitaran-Atkinson (96hp, 127Nm) dengan dua motor elektrik, iaitu unit motor generator (MGU) dan motor traksi untuk meledakkan kuasa 107hp dan tork 253Nm. Sistem transmisi jenis e-CVT
  • 1.5 V, E dan S - enjin petrol 1.5L DOHC iVTEC (119hp, 145Nm) dengan transmisi CVT

2. RUANG DALAMAN

Kemasan dalam City Hatchback (2022) berbeza mengikut varian yang dibahagikan kepada tiga kumpulan varian seperti berikut:

  • 1.5  e:HEV RS
    • Kemasan hitam Piano Black dengan material TPU dan sulaman benang merah, termasuk stereng, kerusi jenis kombi dengan material sued (baldu) bertekstur dengan aksen merah, lampu iluminasi merah.
    • Kluster instrumen definisi tinggi (HD) TFT warna penuh 7 inci dengan skrin paparan multi-info (MID)
    • Ada brek parkir elektrik (EPB)
    • Pedal sport
    • Ada ventilator penyaman udara belakang
  • 1.5 V
    • kemasan hitam Piano Black dengan material TPU dan sulaman benang putih, stereng dengan sulaman benang putih, kerusi kulit dengan kemasan benang putih, material PVC dengan sulaman benang putih pada panel pintu.
    • Kluster instrumen dengan frem meter iluminasi dan ambien hijau dan putih.
  • 1.5 E dan S
    • Kemasan perak, kerusi fabrik bertekstur, material fabrik pada panel pintu.
    • Kluster instrumen dengan frem meter iluminasi dan ambien hijau dan putih.

3. LUARAN

Luaran City Hatchback (2022) mengetengahkan rekabentuk energetik dengan menggabungkan konsep sedan dan elemen 'bold & rush', atau 'berani dan agresif' yang dapat dilihat pada:

  • Lekuk dan garis badan tajam dan sporty.
  • Rupa depan menekankan identiti City dengan kehadiran lampu siang (DRL)
  • Rupa belakang menampilkan karakter City dengan pandangan yang menampakkan visual rendah dan lebar.
  • Rekaan lampu belakang unik  menyerlahkan identiti tersendiri ketika di jalanan.
  • Ciri sporty dapat dikesan pada pusat graviti rendah (CoG), kabin slik selain mengekalkan faktor praktikaliti dan ketahanan sebagai sebuah hatchback.
  • Rim aloi 16 inci - untuk varian e:HEV RS (dwi-tona) dan V (perak)
  • Rim aloi 15 inci - untuk varian E (dwi-tona) dan S (perak)
e:HEV
honda-city-hatchback-2022-malaysia-2
honda-city-hatchback-2022-malaysia-7
honda-city-hatchback-2022-malaysia-3
honda-city-hatchback-2022-malaysia-4
honda-city-hatchback-2022-malaysia-5
honda-city-hatchback-2022-malaysia-6
  • Kemasan sisi spoiler
  • Rekaan bampar spesial
  • Rim 16 inci dwi-tona dengan warna eksklusif
  • Lampu utama LED penuh dengan rekaan eksklusif
  • Panel bonet hitam
  • Cermin sisi hitam
  • Gril bawah
  • Kemasan lampu kabus

4. KERUSI ULTRA

Sama seperti Jazz, City Hatchback (2022) menawarkan praktikaliti sama dengan posisi tempat duduk yang boleh diubah kepada empat mod konfigurasi berbeza mengikut keperluan pengguna, iaitu:

  • Mod Utiliti (utility)
  • Mod Panjang (long)
  • Mod Tinggi (tall)
  • Mod Segar Semula (refresh)

5. UNIT INFOTAINMENT

Kecuali varian paling asas (S), semua varian City Hatchback (2022) diberikan unit infotainmen 8 inci yang dilengkapkan ciri Android Auto dan Apple CarPlay. Ini termasuk kawalan penyaman udara automatik, manakala varian S mendapat fungsi kawalan manual.

6. HONDA SENSING

Memiliki kamera depan pandang lebar yang mampu mengesan jauh dan dalam sudut lebih lebar untuk memberikan fungsi bantuan pemandu lebih baik seperti:

  • Sistem Brek Mitigasi  Perlanggaran (CMBS) dan Amaran Perlanggaran Depan (FCW) mampu mengesan kehadiran pejalan kaki pada malam, mengecam penunggang basikal dan kenderaan membelok masuk simpang kiri atau kanan.

Related

241
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hatchback segmen-B, Honda City Hatchback (2022), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev