YAMAHA Motor India memperkenalkan warna baharu untuk skuter Aerox 155 (Malaysia: NVX) susulan respons positif diterima daripada pembeli negara itu pada harga 1.29 lakh rupee (RM7,240).
Warna baharu dinamakan Metallic Black itu menggabungkan warna badan hitam dengan grafik putih dan kelqabu dengan fender depan dan casis putih. Warna baharu itu akan dijual bersama pilihan warna Racing Blue (biru) dan Grey Vermillon (kelabu).
BACA >>> #BikinMotor: 'Pramac Yamaha' NVX dari Indonesia Ini Guna Seragam MotoGP
BACA >>> Perbandingan: SYM Jet X 150 vs Honda Vario 150 vs Yamaha NVX 155 VVA
Bagaimanapun, Aerox 155 MotoGP dijual lebih mahal pada harga 1.3o lakh rupee (RM7,290).
Selain warna baharu, ciri lain Aerox 155 (2022) kekal sama iaitu:
- Enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 155cc SOHC penyejukan cecair dengan teknolovi suntikan bahan api (FI) dan injap variabel (VVA) berkuasa 15hp @ 8,000rpm dan tork 13.9Nm @ 6,500rpm, manakala transmisi automatik v-belt.
- Brek cakera 230mm dengan Sistem Brek Anri-Kunci (ABS) di depan dan brek dram di belakang.
- Tayar tiubles 110/80-14M/C 53P (depan) dan 140/70-14M/C 62P (belakang).
- Fork teleskopik di depan dan dwi-absorber di belakang .
- Lampu LED untuk lampu depan, belakang dan lampu posisi.
- Panel meter LCD digital penuh multifungsi dengan aplikasi Y-Connect yang menghubungkan telefon pintar menerusi sambungan Bluetooth.
- Tinggi pelana 790mm, jarak lega bumi 145mm, berat kerb 126kg dan kapasiti tangki minyak 5.5 liter
- Ciri lain yang ada ialah ruang simpanan 24.5 liter yang mampu memuatkan satu helmet muka penuh.
- Ada sistem mula-henti (start-stop) dan tongkat sisi dengan fungsi pemati enjin (cut-off).
BACA >>> Yamaha NVX 155 Kini di Malaysia - Harga RM10,500 Seunit
SUMBER: YamahaMotorIndia
Leave a Reply