• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Usia Alza Sudah 160 Tahun, Model Serba Baharu Muncul Tahun Depan?

Usia Alza Sudah 160 Tahun, Model Serba Baharu Muncul Tahun Depan?

December 5, 2021 By Azhan O 2 Comments

2.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA mengumumkan akan menghentikan pengeluaran kenderaan pelbagai guna (MPV) kesukaaan ramai, Alza pada Januari 2022, sekali gus menamatkan lebih 12 tahun kehadiran model itu di pasaran Malaysia.

Dalam sidang media di Johor Bahru, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad memberikan bayangan generasi kedua Alza dengan kod nama D27A akan diperkenalkan tahun depan dan kini sedang dalam fasa ujian akhir, tetapi tidak mendedahkan sebarang tarikh rasmi.

BACA >>> Perodua Alza (2018) Facelift Kini Berwajah Baharu - Harga Bermula RM51k Hingga RM62k
BACA >>> Sondol MPV Honda, Drebar 'King' Terbalik Cedera Teruk Juga...

perodua-alza-2018-1
perodua-alza-2018-2

Alza sedia ada masih mendapat tempahan 1,500 unit sebulan dan sudah 13 tahun di pasaran walaupun jangka hayat sesebuah model biasanya dalam enam hingga tujuh tahun.

Kalau disamakan umur manusia, setahun kereta sama seperti lapan tahun umur manusia, maknanya Alza dah macam 160 tahun, tapi masih lagi sangat popular."

Zainal Abidin berkata lagi, jika mengambil konteks perniagaan, Alza sebenarnya boleh saja terus dijual, sebaliknya beliau memiliki hasrat untuk menawarkan produk yang lebih selamat dan berteknologi kepada pelanggan Perodua.

Perodua adalah pengeluar nasional bertanggungjawab dan saya mahukan rakyat Malaysia dapat memiliki kenderaan yang selamat dan pelanggan seronok dengan teknologi baharu."

"Sememangnya akan ada satu model baharu penuh tahun depan, tapi saya tidak dapat beri jaminan tentang masanya atas isu larangan rentas negara dan Covid-19. Ya, memang ada perubahan, tetapi saya tidak boleh beritahu kerana kami masih sedang memuktamadkan beberapa perkara."

toyota-avanza-indonesia-2021
daihatsu-xenia-indonesia-2021

Spekulasi mengenai Alza sudah lama menular tahun ini berikutan kemunculan model MPV serba baharu Toyota Avanza dan Daihatsu Xenia di negara jiran Indonesia yang dilengkapi ciri lebih moden dan maju seperti penghidup tanpa kunci (keyless), Bantuan Mula Daki (HSA), Signal Henti Kecemasan (ESS) dan sistem bantuan pemandu termaju (ADAS), termasuk ciri asas seperti beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Kawalan Stabiliti Elektronik (VSC).

Jika mengambil kira teknologi diperkenalkan Perodua pada model terbaharunya, Ativa dan Myvi, kita boleh membayangkan Alza generasi baharu nanti akan dilengkapi teknologi terkini seperti Bantuan Keselamatan Termaju (A.S.A) dan transmisi D-CVT.

Apa kata peminat Alza kita?

BACA >>> Spesifikasi Toyota Avanza (2021), Veloz Bocor Selepas Debut Mitsubishi Xpander
BACA >>> Kembar Toyota Avanza, Daihatsu Xenia (2019) Kini Ada Varian Enjin 1.5L

Related

2.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, CEO Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad, Datuk Zainal Abidin Ahmad, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV, Perodua Alza, Perodua Alza Generasi Baharu

Comments

  1. Int says

    December 8, 2021 at 12:12 PM

    Hebat 160 tahun kat tajuk usia alza

    Reply
  2. Faye says

    January 4, 2022 at 5:16 PM

    Hahaha tula pasal

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev