• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sesat Ikut Jalan Pintas, Minyak Motor Pula Habis, Remaja Minta Tolong Bomba

Sesat Ikut Jalan Pintas, Minyak Motor Pula Habis, Remaja Minta Tolong Bomba

December 4, 2021 By Aryon Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG remaja lelaki berusia 15 tahun diselamatkan pasukan bomba dalam keadaan tidak bermaya selepas hampir tiga jam tersesat dalam ladang kelapa sawit di Jempol, Negeri Sembilan.

Menurut laporang, remaja tersebut tersesat ketika cuba melalui jalan pintas dari Ladang St Heiler, Bahau ke Ladang Senama, Bahau untuk berjumpa rakannya pada jam kira-kira 5 petang.

Bomba menerima panggilan kecemasan jam 5.56 petang daripada mangsa sebelum menghantar sepasukan anggota dengan satu jentera serta, kenderaan pacuan empat roda (4X4), Toyota Hilux ke lokasi.

Remaja itu gagal menemui jalan keluar sebaik memasuki ladang tersebut, dan lebih malang, minyak motosikalnya habis. Lebih tragis, beberapa individu ditemui menggunakan di jalan pintas tersebut enggan membantunya hingga memaksa dia membuat panggilan kecemasan.

Malah, disebabkan terlalu panik kerana hari semakin gelap, remaja tersebut gagal memperincikan lokasinya. Ini memaksa pasukan bomba melakukan operasi mencari di sekitar ladang hingga menemui mangsa pada jam kira-kira 8.30 malam bersama motosikalnya.

Remaja itu kini selamat dan sudah diserahkan kepada keluarganya.

BACA >>> #Videotomotif: Aksi Katak Sesat Terkam Muka Pemandu Ini dapat 12.8 Juta Tontonan
BACA >>> #Videotomotif: Anjing Sesat Nyaris Maut Dilenyek Kereta Rali, Mujur Terselamat

SUMBER: SinarHarian | HMetro

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Remaja Sesat Bahau, Sesat, Sesat Ikut Jalan Pintas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Toyota Camry Terjunam Dari Tingkat 3 Akibat Tersilap Tekan Pedal Minyak
    Toyota Camry Terjunam Dari Tingkat 3 Akibat Tersilap Tekan Pedal Minyak
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev