• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pasukan Leona Chin Ungguli Carta Pertama Lumba Enduran Sepang 1000KM (S1K)

Pasukan Leona Chin Ungguli Carta Pertama Lumba Enduran Sepang 1000KM (S1K)

December 2, 2021 By Farah Leave a Comment

224
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERLUMBAAN Sepang 1000KM Endurance (S1K) edisi 2021 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Sabtu lalu menyaksikan kemenangan milik pasukan persendirian diketuai Leona Chin.

Turut bersama pasukan Leona ialah Akina Teo, Mohd Nasri Said dan Tham Yik Choon yang memandu jentera Suzuki Swift hijau dengan menamatkan 178 pusingan dalam masa sembilan jam.

BACA >>> Toyota Yaris Lakar Kejutan Catat Kedudukan Ketiga Di Sepang 1000KM Endurance
BACA >>> Suara Leona Chin Kini di Aplikasi Waze

Prestasi cemerlang itu melayakkan pasukan Leona muncul juara keseluruhan menerusi kelas M-Production (Modified).

Terima kasih kepada rakan penaja dan pasukan untuk perlumbaan kali ini. Kami gembira kerana memenangi perlumbaan penuh dramatik ini. Banyak cabaran daripadanya dan pasti kami akan menghargainya," kata Leona.

Tempat kedua dirangkul pasukan Tedco Racing yang memandu Honda Jazz disertai Aaron Lim, Nick Mah, Yee Yok dan Foo Yung.

sepang-1000km-s1k-2021-1
sepang-1000km-s1k-2021-2

Sementara itu, berlaku situasi luar jangka buat pasukan Wing Hin Motorsport yang terpaksa berpuas hati di kedudukan ketiga selepas disingkirkan dari tempat pertama apabila jentera Toyota Yaris dipandu Hayden Haikal dan Timothy Teo didapati melanggar peraturan perlumbaan mengenai had masa memandu.

Bagi kategori S Production, pasukan R Engineering mencatat kejayaan berganda apabila dua pasukan itu mendapat podium. Jazz dipandu Lai Wee Seng dan Calvin Wong muncul juara, manakala rakan pasukan, Putera Adam Halim dan Chiow Teck Song, kedua.

Tempat ketiga pula dimenangi Baron Lim, Pee Sau Fan, dan Ian Wong Jien Sean dari pasukan persendirian yang juga memandu Jazz.

BACA >>> Proton R3 Menang Lagi Sepang 1000KM (S1K), Tahun Ketiga Berturut-Turut!
BACA >>> Leona Chin Dilantik Duta Mitsubishi Motors Malaysia

Related

224
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Enduran Sepang 1000KM, endurance race, honda jazz juara, Leona Chin, Litar Antarabangsa Sepang, Sepang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev