• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Bentley GT Mulliner Blackline - Pakej Gaya Misteri dengan Enjin 6.0L Turbo Kembar!

Bentley GT Mulliner Blackline - Pakej Gaya Misteri dengan Enjin 6.0L Turbo Kembar!

December 1, 2021 By Abang Hirata Leave a Comment

270
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APABILA bercakap tentang kenderaan mewah, jenama yang kerap disebut ramai biasanya datang dari Jerman. Tiada masalah mengenainya, cuma perhatian perlu juga diberikan kepada pengeluar lain.

Bentley misalnya berada dalam kelas tersendiri dan memecah kelaziman apabila dipandu di kota raya yang penuh dengan Mercedes-Benz, BMW atau Audi.

BACA >>> Audi RS Q e-Tron - Jentera Lumba Elektrik yang Dibikin untuk Rali Dakar

Lagi pula, pemilik Bentley di Malaysia memang kental kerana cukai jalan untuk sebuah kereta bersesaran 6.0L bukan murah. Terbaharu Bentley memperkenalkan pakej Mulliner Blackline untuk dua model GT dan GT Convertible. Kereta sporty dan mewah sebegini memang sesuai dipadankan dengan kemasan hitam bagi menyerlahkan lagi impak elegan dan misteri.

Ada apa dengan pakej Mulliner Blackline?

  • GT Mulliner Blackline adalah hasil tangan divisyen kustom Bentley Mulliner yang berbeza daripada model GT dan GT Convertible Mulliner sedia ada. Pakej ini ditawarkan berikutan peningkatan permintaan untuk versi hitam, iaitu kira-kira 38 peratus daripada tempahan global Continental GT.
  • Bukan saja Bentley, trend dechrome juga semakin popular apabila pemilik kereta baharu berkunjung ke kedai aksesori untuk menggelapkan komponen krom kereta mereka.
  • Bagi versi Blackline, komponen luaran berkilat, termasuk lencana Winged B Bentley ditukarkan kepada hitam, termasuk perincian gril radiator. Cermin sisi yang biasanya perak satin pada GT Mulliner ditukarkan kepada hitam kilat Beluga.

  • Ventilator sisi signatur Mulliner pada bawah fender juga dihitamkan dan dikontraskan dengan perkataan Mulliner terang.
  • Elemen elegan dan misteri GT Mulliner Blackline diserlahkan dengan rim hitam 22 inci dan hab rim krom jenis self-levelling, iaitu lencana Bentley kekal tegak walaupun roda berputar.

  • Ruang kabin GT Mulliner Blackline kekal seperti edisi Mulliner sedia ada melainkan pembeli mahu memesan kombinasi warna peribadi.
  • Pakej standard Mulliner Driving Specification menawarkan hampir 400,000 jahitan dengan setiap corak bentuk berlian memiliki 712 jahitan berasingan.
  • Trenkuasa bergantung kepada pasaran, iaitu dua varian enjin sama ada 6.0L W12 turbo kembar (626hp), atau 4.0L V8 (542hp).

BACA >>> Bentley Bentayga (2020) - SUV Mewah yang Setanding Kereta Prestasi, 542hp!
BACA >>> Bentley Home Newent Collection - Harga Perabot Jenama Mewah Ini Lebih RM50k!

Bentley Continental GT Mulliner Blackline.01
Bentley Continental GT Mulliner Blackline.03

Related

270
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda4 Tagged With: Bentley, Bentley Continental GT, GT Mulliner Blackline, kereta mewah, Mulliner Blackline, Roda4, sedan mewah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev