• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Serius Bangunkan Kenderaan Elektrik, Nissan Labur RM74b!

Serius Bangunkan Kenderaan Elektrik, Nissan Labur RM74b!

December 1, 2021 By Abang Hirata Leave a Comment

195
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERUBAHAN daripada kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) sepenuhnya kepada elektrifikasi sudahpun berlaku yang dapat dilihat di Eropah.

Jadi mahu tidak mahu, pengeluar automotif perlu bersikap terbuka dan paling penting menyediakan peruntukan atau pelaburan ke arah tersebut.

Nissan Motor Co Ltd pada 29 November lalu mengumumkan wawasan mega Nissan Ambition 2030 dalam mendepani cabaran masa kini dan akan datang sebagai respon kepada keperluan alam sekitar, masyarakat dan pelanggan. Nissan mahu mempercepatkan program elektrifikasi untuk barisan kenderaan jenama itu dengan jumlah pelaburan bernilai 2 trilion yen (RM74.4 bilion) dalam tempoh lima tahun akan datang.

BACA >>> Italdesign Mula Hasilkan 50 Unit Nissan GT-R50 di ItaliSecara spesifik, Nissan merancang memperkenalkan model elektrifikasi seperti berikut:

  • 23 model kenderaan elektrifikasi baharu
  • 15 daripadanya adalah EV
  • Penawaran turut membabitkan jenama INFINITI

Dengan pengenalan 20 model kenderaan elektrik (EV) baharu dan trenkuasa e-POWER dalam tempoh lima tahun akan datang, Nissan mensasarkan menjual campuran model elektrifikasi ke pasaran utama seperti berikut:

  • Eropah: Lebih 75 peratus jualan
  • Jepun: Lebih 55 peratus jualan
  • China: Lebih 40 peratus jualan
  • Amerika Syarikat: Lebih 40 peratus jualan EV menjelang tahun fiskal 2030

Berikut misi Nissan mengikut tahun fiskal untuk tempoh hingga 2030

Tahun Fiskal 2026
  • Tempoh pengecasan dikurangkan satu pertiga, pengenalan bateri keadaan pepejal penuh (all-solid-state batteries, ASSB) dapat menjadikan EV lebih cekap.
  • Selain teknologi pacuan, Nissan mensasarkan meluaskan penggunaan teknologi bantuan pemanduan ProPILOT kepada lebih 2.5 juta kenderaan Nissan dan INFINITI.
Tahun Fiskal 2028
  • Nissan akan membangunkan teknologi bateri litium-ion dan memperkenalkan teknologi bebas kobalt bagi mengurangkan kos sebanyak 65 peratus.
  • Melalui penggunaan ASSB, Nissan menjangka kos pek bateri menurun kepada AS$75 per kWh (RM317).
  • Kos dijangka turun lagi kepada AS$65 per kWH (RM275) dan faktor ini penting bagi mendapatkan kos berpadanan antara EV dan kenderaan enjin konvensional.
Tahun Fiskal 2030
  • Membangunkan teknologi kenderaan autonomi dan mensasarkan melengkapi setiap model baharu dengan sistem LIDAR baharu

Tidak lengkap jika tidak berkongsikan produk dibayangkan untuk pengguna, dengan itu Nissan memperkenalkan empat kereta konsep baharu yang mewakili segmen berbeza daripada sport, trak pikap dan utiliti sukan (SUV), iaitu:

  • Nissan Max-Out
  • Surf-Out
  • Hang-OutChill-Out

BACA >>> Nissan Sylphy e-POWER Debut di China, Guna Petrol 3.9 Liter Sahaja untuk 100km!
BACA >>> Jepun Perkenal Nissan Note Aura (2021), Hatchback Hibrid yang Tak Mahal Sangat!

Kereta dan Teknologi Konsep Nissan
Kereta konsep Nissan.01
Kereta konsep Nissan.02
Kereta konsep Nissan.03
Kereta konsep Nissan.04
Nissan Max-Out
Nissan Max-Out.03
Nissan Max-Out.02
Nissan Max-Out.01
Nissan Surf-Out
Nissan Surf-Out.01
Nissan Surf-Out.02
Nissan Surf-Out.03
Nissan Surf-Out.04
Nissan Surf-Out.05
Nissan Hang-Out
Nissan Hang-Out.01
Nissan Hang-Out.02
Nissan Hang-Out.03
Nissan Hang-Out.04
Nissan Chill-Out
Nissan Chill-Out.01
Nissan Chill-Out.02
Nissan Chill-Out.03

Related

195
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: EV, Nissan, Nissan Ambition 2030, Nissan Chill-Out, Nissan Hang-Out, Nissan Max-Out, Nissan Surf-Out

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev