• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: Isuzu D-Max ARTIC (2014)

PREVIU: Isuzu D-Max ARTIC (2014)

September 19, 2014 By admin.pandulaju 1 Comment

FacebookTwitter

P1220807PELANCARAN Isuzu D-Max ARTIC pastinya mampu memikat hati penggemar sukan permotoran lasak 4X4 di negara ini. Model edisi terhad dari pengeluar terkemuka pikap di negara ini menampilkan pelbagai ciri tambahan yang telah dinaik taraf.

Hanya dikeluarkan sebanyak 510 unit, ARTIC ditawarkan dengan pilihan enjin bersesaran 2.5L dan 3.0L. Pikap ini membawakan gaya urban, mewah dan tersendiri bersama sentuhan sofistikated mewah sekaligus  mampu diangkat sebagai trak sempurna di pasaran tempatan.

Menjadi antara trak pikap pertama yang hadir dengan lampu pencahayaan siang LED (Day Running Light, DRL), ia jelas membuktikan ARTIC mempunyai penampilan dan sentuhan tersendiri, sama seperti model SUV moden sedia ada.

" Kami cuba memberikan pelanggan sebuah kenderaan yang dapat membezakan dirinya menerusi gabungan ciri-ciri premium dan bergaya.

" Dengan Isuzu D-Max ARTIC, saya percaya pelanggan yang mahu menikmati keseronokan pemanduan sebenar dan kemewahan mampu diperolehi pada model edisi terhad," kata Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Daisuke Ishida.

P1220756P1220750    P1220763P1220759Berbanding trak D-Max sedia ada, keseluruhan badan ARTIC dicat dengan warna putih mutiara yang digabungkan bersama kemasan krom pada bahagian luaran. Selari dengan rupa bentuknya yang tersendiri, pelekat-pelekat ARTIC eksklusif dilekatkan pada bahagian belakang bagi membezakan dirinya dengan yang lain.

Sebagai sebuah kenderaan yang sudah dikenali ramai, ARTIC dipasangkan dengan V-Lid bersama kemasan berwarna perak. Penutup kargo pula boleh dikunci bagi memastikan barangan berharga dapat disimpan dengan lebih selamat.

Pemijak sisi menggunakan material aluminium yang disadurkan dengan warna perak. Lebih tampak bergaya, ARTIC dipadankan dengan rim aloi multi jejari Hyper-Silver bersaiz 17 inci.

P1220777P1220780    P1220753P1220794Menerjah ke ruangan kabin, kehadiran ambiean dan kerusi dibaluti kulit tulen Itali mampu membuatkan anda sama seperti berada di kenderaan mewah. Selari dengan D-Max Standard, tempat duduk direka untuk menawarkan tahap keselamatan paling tinggi, termasuklah perlindungan 'whiplash' sekiranya kenderaan dilanggar dari arah belakang.

Justeru, tidak hairanlah D-Max menerima anugerah tertinggi pada ASEAN NCAP Grand Prix kerana mampu menawarkan aspek keselamatan terbaik untuk kanak-kanak dalam kategori trak pikap.

Selain itu, ruang dalaman ARTIC turut diserlahkan menerusi kemasan kayu pada pemegang pintu, fascia fan konsol tengah. Sementara karpet eksklusif dengan kemasan berwarna coklat menyerlahkan lagi sebagai sebuah trak pikap mewah. Bagi ruangan hiburan, ia hadir dengan pemain audin 2--DIN lengkap dengan kamera undur.

Harga Isuzu D-MAX ARTIC adalah seperti berikut: Isuzu D-MAX ARTIC 2.5 – RM106,689 (roll bar) Isuzu D-MAX ARTIC 2.5 – RM109,189 (V-Lid) Isuzu D-MAX ARTIC 3.0 – RM113,459 (roll bar) Isuzu D-MAX ARTIC 3.0 – RM115,959 (V-Lid) (atas jalan termasuk insurans).

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 459, ASEAN NCAP Grand Prix, Daisuke Ishida, Isuzu D--Max Artic 510 unit, Isuzu D-Max, Isuzu D-Max Artic, Isuzu D-MAX ARTIC 2.5, Isuzu D-MAX ARTIC 3.0 – RM113, Isuzu D-Max Edisi Terhad, Isuzu Malaysia, www.isuzu.net.my

Comments

  1. Setia Uliek says

    March 14, 2022 at 4:10 PM

    Enjin Dmax Artic 3.0 saya tiba tiba jem dan sekarang masih tersadai di workshop. Ada juga perasaan menyesal beli kereta ini. Kalau nak repair mesti overhaul. Sparepart boleh tahan mahal. Kalau tak ada budget 10k, baik jual saja kereta ini sebagai besi scrap

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev