• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Langgar Spesifikasi, JPJ Boleh Saman Ikut Bahagian Cermin Gelap Sampai Maksimum RM300?

Langgar Spesifikasi, JPJ Boleh Saman Ikut Bahagian Cermin Gelap Sampai Maksimum RM300?

November 29, 2021 By Han Othman 2 Comments

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TULAR klip video di TikTok dimuat naik @abgejan yang disebarkan menerusi WhatsApp memetik berita daripada Astro Awani yang mengatakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh menyaman pemilik kenderaan mengikut bahagian cermin yang digelapkan tidak mengikut spesifikasi dibenarkan.

Dalam klip video itu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Zulkarnain Yasin memberikan contoh, JPJ boleh mengeluarkan tiga saman jika cermin gelap tidak mengikut spesifikasi itu adalah bahagian depan, tingkap pemandu dan penumpang depan.

@abgejan♬ bunyi asal - abg ejan

Lebih parah jika kereta itu bukan milik sendiri, maka JPJ akan mengeluarkan enam saman yang mana tiga lagi atas nama pemilik kenderaan tersebut. Video berkenaan mendapat lebih 40,000 tontonan dan lebih 5,000 komen netizen.

Namun, berdasarkan semakan kami di arkib berita Astro Awani, klip video itu dipetik daripada berita lama yang dikeluarkan pada 2019 (klik SINI) sebelum pandemik Covid-19 melanda. Malah pegawai dan anggota JPJ bertugas dalam klip video berkenaan juga tidak memakai pelitup muka.

Apapun, peraturan tersebut boleh dikatakan terpakai hingga sekarang. Selepas melakukan semakan di laman web JPJ.gov.my, kadar saman dikenakan adalah seperti berikut:

  • RM100 - Jika bayar dalam 1-15 hari
  • RM150 - Jika bayar dalam 16-30 hari
  • RM250 - Jika bayar 30-60 hari

Ini bermakna, jika tiga bahagian cermin gelap, maka pemandu (atau pemilik) perlu membayar RM300 jika menyelesaikannya dalam tempoh 15 hari, atau maksimum RM750 jika melebihi sebulan daripada tempoh disaman.

BACA >>> Menteri: Sistem JPJ Kuno Sangat
BACA >>> JPJ Lancar Ops Sedar untuk Periksa Insurans Kenderaan Hari Ini!

SUMBER: AstroAwani | JPJ

Related

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Cermin Gelap, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, Roda4, Saman Cermin Gelap

Comments

  1. ARIA ONN says

    December 3, 2021 at 5:34 PM

    Cukup2lah tak habis2, kalau nak saman sangat, saman kesemua syarikat2 besar yg bawa kereta masuk dlm malaysia, saman pm,saman menteri2, polis,jpj pun guna cermin gelap,apa mereka ikut undang2ke jgn nak( double standard)

    Reply
  2. Farid says

    February 10, 2023 at 4:33 PM

    Apa benak ubi kau ni spm x habis ke? Ada ke org nak acu sniper dekat kepala kau time dalam kereta? Menteri2 ni yela ada. Bukti mana polis dgn jpj pakai cermin gelap semasa bertugas?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • MotorManiac 2025 Kembali 6 September Ini, Sasar 30,000 Pengunjung di Rooftop MyTown KL
    MotorManiac 2025 Kembali 6 September Ini, Sasar 30,000 Pengunjung di Rooftop MyTown KL
  • JAECOO J5 Bakal Lancar Tidak Lama Lagi! Harga Bawah RM120k?
    JAECOO J5 Bakal Lancar Tidak Lama Lagi! Harga Bawah RM120k?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev