• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #Videotomotif: Kerana Jatuh Cinta, Lelaki Ini Sanggup Serah Nombor Telefon di Tengah Lebuh Raya

#Videotomotif: Kerana Jatuh Cinta, Lelaki Ini Sanggup Serah Nombor Telefon di Tengah Lebuh Raya

November 16, 2016 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter

kerana-jatuh-cinta
KERANA jatuh cinta, seorang tukang paip di England sanggup memecut laju kenderaannya semata-mata mahu memberikan nombor telefon kepada gadis yang disukai ketika masing-masing sedang memandu.

Menurut cerita dikongsi North Devon Journal, insiden berlaku ketika dua rakan baik, Chelsea Wallace dan Sophie Becks sedang dalam perjalanan atas lebuh raya M5 dekat Exeter, England sebelum mereka tiba-tiba dikejar sebuah van putih.

"Van itu memotong kami dua kali dan kemudian memperlahankan kenderaannya supaya kami memotongnya pula," kata Sophie. Dia kemudian memandu menyaingi kami dan menyuruh kami membuka tingkap. Di tengah laluan lebuh raya itu lelaki itu berikan kad bisnesnya kepada rakan saya (Chelsea). Dia seorang tukang paip.

"Pada mulanya, kami tidak tahu apa yang dia mahu buat. Tetapi bila kami sedar, kami semua ketawa bagai nak gila dan tidak tahu apa perlu dilakukan," kata Sophie.

Malangnya, salam cinta dihulurkan tukang paip itu tidak kesampaian apabila gadis yang mahu dipikatnya, Chelsea tidak berminat selepas melihat laman sosialnya.

"Kami mencarinya di Facebook, tetapi Chelsea tidak berminat," kata Sophie lagi.


Hairan juga kenapa Sophie yang jadi jurucakap bagi pihak Chelsea. Apakah Sophie cemburu tukang paip itu lebih meminati rakannya itu berbanding dia. 😛 Apapun, janganlah ditiru perangai tidak senonoh mereka itu yang  semestinya membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Kalau betul-betul berminat, sepatutnya tunggu saja gadis impian anda itu di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) dan pergilah belanja dia makan nasi campur atau aiskrim. 😉

SUMBER: Autoblog.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Chelsea Wallace, kerana jatuh cinta, Sophie Becks, tukang paip, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!
    My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev