• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati Panigale V4 (2022) Baharu Versi Diperhalusi Diperkenal, Harga RM98.5k

Ducati Panigale V4 (2022) Baharu Versi Diperhalusi Diperkenal, Harga RM98.5k

November 26, 2021 By Wahid Leave a Comment

519
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIADA manusia yang berpendapat Ducati Panigale V4 ialah sebuah motosikal yang tidak cukup laju, tetapi penunggangnya memerlukan tahap fizikal mantap untuk mendapatkan segala potensi daripada superbike itu. Ini kerana jentera itu datang dengan posisi tunggang dan karakter pengendalian lumba yang tanpa kompromi.

Panigale V4 (2022) baru saja diperkenalkan dengan pelbagai ciri dikemas kini dan diperhalusi supaya lebih mudah ditunggang di litar dan jalan raya.

BACA >>> Kenapa Perlu Panigale Kalau Cuma Nak ke Kedai Depan Rumah? Naik Saja Ducati PRO-III
BACA >>> Ducati Panigale V4, V4 S dan V2 (2020) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM109k

Berikut ciri Panigale V4 (2022):

ducati-panigale-v4-2022-2
ducati-panigale-v4-2022-4
  • Walaupun keseluruhan model baharu ini nampak sama, ia boleh dibezakan dengan melihat sayap (winglet) yang lebih kecil. Namun Ducati mendakwa masih menghasilkan tujahan aerodinamik ke bawah sebanyak 30kg pada 270kmj.
  • Fairing bawah yang menutupi perut enjin ada lurah-lurah udara di sisi dan bawah untuk pengaliran suhu lebih efisien.
  • Pengaliran suhu itu membolehkan jurutera Ducati menaikkan kuasa maksimum enjin V4 1,103cc itu kepada 213hp dan tork 123.6Nm.
  • Nisbah gear pertama, kedua dan keenam lebih tinggi, seperti Panigale V4 R.
  • Lubang keluaran ekzos lebih besar sebanyak 18 peratus.
  • Penggunaan ekzos lumba Akrapovic mampu menaikkan kuasa enjin kepada 225hp dan mengurangkan berat basah 11kg, daripada 195.5kg kepada 184.5kg.

  • Fork depan ada tambahan travel 5mm kepada 125mm bagi menambahkan fiil tayar depan.
  • Fork Öhlins ditambahkan dengan katrij redaman bertekanan bagi mencegah buih dalam minyak fork.
  • Pivot swingarm ditinggikan 4mm bagi mengurangkan bahagian belakang 'terduduk' ketika memecut kuat. Ini penting kerana jika bahagian belakang turun terlalu banyak, tayar depan tidak dapat mencengkam permukaan jalan, khususnya bila mula hendak keluar selekoh.
  • Bentuk dan bahan tangki dibuat untuk lebih senang dikepit peha ketika membrek dan mengambil selekoh.

  • Pelana menggunakan dua jenis bahan untuk membantu situasi sama di atas, dan lebih landai di belakang bagi memudahkan penunggang menunduk di laluan lurus.
  • Panel meter TFT 5-inci diubah bagi memudahkan penunggang membaca informasi.
  • Sistem bantuan elektronik masih bergantung kepada unit unjuran inersi (IMU) 6-paksi, seperti ABS selekoh, kawalan traksi, kawalan gelincir, kawalan wheelie, kawalan brek enjin, dan Quickshifter.
  • Ada juga fungsi ABS baharu yang membolehkan penunggang membrek untuk menggelincirkan tayar belakang.

Harga Panigale V4 standard ialah AS$23,295 (RM98,500), manakala varian Panigale V4 S berharga AS$29,999 (RM126,830). Seperti biasa, ini cuma harga anggaran saja jika ditukarkan kepada mata wang Malaysia.

BACA >>> Lumba Drag Ducati Panigale V4 S vs BMW X5 M Competition, Siapa Makan Asap?

ducati-panigale-v4-2022-1
Ducati Panigale V4 2022-3
Ducati Panigale V4 2022-2
ducati-panigale-v4-2022-5
ducati-panigale-v4-2022-6
Ducati Panigale V4 2022-4
ducati-panigale-v4-2022-4
ducati-panigale-v4-2022-2
Ducati Panigale V4 2022-1
ducati-panigale-v4-2022-7
ducati-panigale-v4-2022-8
ducati-panigale-v4-2022-9
ducati-panigale-v4-2022-10
ducati-panigale-v4-2022-11
ducati-panigale-v4-2022-12

Related

519
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Ducati, Ducati Panigale V4 (2022), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev