• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki Versys 650 (2022) Serba Baharu Lancar di EICMA 2021, Harga Mula RM37.6k

Kawasaki Versys 650 (2022) Serba Baharu Lancar di EICMA 2021, Harga Mula RM37.6k

November 25, 2021 By Aryon Leave a Comment

480
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI secara rasmi memperkenalkan model touring Versys 650 (2022) dengan rupa serba baharu sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2021 yang sedang berlangsung ketika ini di Itali.

Ciri baharu paling mudah dikenali ialah kluster lampu utama yang sama seperti sportbike middleweight Ninja 650.

BACA >>> India Lancar Adventure Touring Honda CB200X, Harga Mula RM8.2k!

Apa lagi ciri Versys 650 (2022)?

  • Ada Kawalan Traksi Kawasaki (KTC), kali pertama dilengkapkan pada model Versys. Sistem ini memiliki dua tahap operasi berbeza apabila diaktifkan.
  • Visor angin jenis boleh laras 4-tetapan, manakala lampu utama jenis LED.
  • Dijana enjin 4-lejang 4-injap 2-silinder 649cc Parallel-Twin DOHC penyejukan cecair berkuasa 68hp dan tork 61Nm, dengan transmisi manual 6-kelajuan.

  • Saiz tayar 17 inci di depan dan belakang. Roda depan dipasangkan dwi-brek cakera 300mm jenis petal dengan kaliper brek 2-piston, manakala roda belakang menggunakan cakera tunggal 250mm jenis petal dengan kaliper 1-piston. Kedua-dua roda dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Sistem suspensi fork teleskopik 41mm Showa di depan dan monoshock di belakang.
  • Tinggi pelana 845mm, kapasiti tangki minyak 25 liter, tinggi pelana 846mm dan jarak lega bumi 170mm.

  • Panel meter TFT 4.3 inci warna penuh dengan dilengkapi konektiviti telefon pintar. Tahap kecerahan skrin boleh dilaras automatik, atau penunggang memilih menggunakan mod malam atau siang, bergantung kondisi tunggangan.

Sebagai tambahan, Kawasaki turut melancarkan Versys 650 LT yang dilengkapkan aksesori seperti penutup bar hendal, sokey pengecas USB, kotak barang sisi 28 liter, dan penutup tangki minyak.

Harga jualan Versys 650 (2022) di pasaran Amerika Syarikat ialah AS$8,899 (RM37,620) untuk versi hitam, manakala warna tradisi biru berharga AS$9,099 (RM38,480). Versi Versys 650 LT berharga AS$9,999 (RM42,280).

BACA >>> Kawasaki Umum Ketibaan Versys 1000 (2022), Varian Standard Kembali
BACA >>> EMOS Kini Sah Pengedar Eksklusif Motosikal Kawasaki di Malaysia

Versys 650 (2022)
Versys 650 LT (2022)

Related

480
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: EICMA 2021, Kawasaki, Kawasaki Versys 650 (2022), Kawasaki Versys 650 LT (2022), Pameran Motosikal Milai (EICMA) 2021, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my