ADA sesiapa yang masih ingat skuter Aprilia SR Max yang pernah popular di Malaysia beberapa tahun lalu? Sekarang Aprilia SR GT Adventure pula dilancarkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2021 yang sedang berlangsung.
Berbanding model sebelum ini, SR GT (2022) datang sebagai skuter advencer yang kian popular selepas dimulakan Honda ADV dan disusuli ADV150 sebelum muncul pula ADV350 yang baru saja dilancarkan.
BACA >>> Honda ADV 350 (2022) Lancar di EICMA 2021, untuk Pasaran Amerika, Eropah Sahaja
BACA >>> Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
Aprilia melancarkan dua varian SR GT (2022) dalam saiz enjin berbeza, iaitu SR GT 125 dan SR GT 200. Berikut ciri dua skuter tersebut:
- SR GT 125 menggunakan enjin silinder tunggal 125cc berkuasa 14.75hp @ 8,750rpm dan 12Nm @ 6,500rpm.
- SR GT 200 menggunakan enjin silinder tunggal 174cc berkuasa 17.43hp @ 8,500rpm dan 16.5Nm @ 7,000rpm.
- Enjin SR GT 200 menggunakan silinder disadur Nikasil dan piston baharu untuk pembakaran lebih efisien dan menjimatkan minyak.
- Suspensi kedua-dua model menggunakan unit fork Showa 33mm dengan travel 122mm di depan, dan dwi-absorber Showa dengan travel 102mm di belakang.
- Komponen brek juga dikongsi bersama, iaitu cakera tunggal 260mm (depan) dan cakera tunggal 220mm (belakang).
- Ruang simpanan bawah pelana berkapasiti 25 liter yang boleh memuat sebuah helmet muka-penuh (full-face).
- Hendal tidak menggunakan penutup plastik untuk membolehkan penunggang memasang aksesori seperti pemegang telefon/GPS/kamera.
- Walaupun panel meter LCD dan bukan TFT, tetapi diberikan opsyen sistem komunikasi MIA Aprilia untuk berhubung dengan telefon pintar.
- Tambahan opsyen itu juga menambahkan suis-suis khas di sebelah hendal kiri.
- Lampu jenis LED penuh.
- Ada sistem henti-mula (stop-start) seperti skuter lain, tetapi sistem Aprilia sedikit berbeza, digelar Regulator Inverter Start & Stop System. Sistem itu tidak disambungkan terus kepada penghidup, tetapi terus kepada aci engkol (crankshaft). Menurut Aprilia, sistem itu lebih tahan lama, lebih jimat minyak dan lebih senyap berbanding sistem stop-start biasa.
- Memiliki berat basah 144kg (SR GT 125), manakala keberatan basah 148kg (SR GT 200). Ada beberapa warna, termasuk opsyen Sport.
- Harga belum lagi didedahkan, dan tidak diketahui memasuki pasaran Malaysia.
Leave a Reply