• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BMW M Tukar Logo, Guna Lencana Klasik Sempena Aniversari ke-50

BMW M Tukar Logo, Guna Lencana Klasik Sempena Aniversari ke-50

November 25, 2021 By Abang Hirata Leave a Comment

216
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BAHAGIAN atau divisyen prestasi atau permotoran sesebuah pengeluar automotif biasanya menggunakan nama ringkas. Kita ambil contoh R3, AMG dan GR, manakala BMW cukup saja dengan huruf tunggal M.

Walaupun dalam bentuk akronim, dua atau tiga huruf yang sedikit itu sudah cukup melambangkan prestasi, kekuatan dan kehebatan. Jenama prestasi juga ada sejarah dan legasi yang kuat. Misalnya, BMW M GmbH bakal berusia 50 tahun pada tahun depan.

BACA >>> Pemilik BMW 'KAYR4' Mengaku Salah, Bayar Saman di Balai, Kes Selesai!
BACA >>> Beli Jaguar F-Pace, Menang Pula BMW G310R

Gril ginjal pada model klasik BMW 303 (1933).

Selain itu, jika anda tertanya kenapa model prestasi BMW ada gril ginjal (kidney grill) bentuk lonjong yang mengundang kontroversi, sebenarnya itu  adalah warisan BMW era klasik.

Sempena ulang tahun ke-50 dan bermula Mac tahun depan, BMW UK bakal melancarkan siri model BMW M High Performance dan BMW M Performance dalam warna popular BMW Individual. Warna tersebut memang meriah seperti Dakar Yellow, Fire Orange, Daytona Violet, Macao Blue, Imola Red dan Frozen Marina Bay Blue yang merujuk kepada pelbagai era sepanjang separuh abad usia BMW M.

Menariknya, model eksklusif itu akan menggunakan lencana yang membawa pengaruh logo era klasik BMW Motorsport. Logo tersebut akan menggantikan lencana BMW di depan, belakang dan hab roda.

Sejarah Logo BMW M

  • Pada 1973, logo BMW bentuk separa bulat berwarna biru, ungu dan merah kali pertama digunakan pada kereta lumba BMW Motorsport GmbH, iaitu divisyen permotoran yang baru ditubuhkan tahun sebelumnya.

  • BMW M1 diperkenalkan pada 1978 dengan jalur tiga warna dicondongkan ke kanan ke arah huruf M.
  • BMW M1 adalah satu-satunya model pengeluaran prestasi tinggi BMW M yang menggunakan lencana sukan permotoran BMW dengan tambahan logo jalur tiga warna.
  • Warna biru dua logo itu merujuk kepada BMW, merah ialah simbol perlumbaan dan warna ungu melambangkan hubungan antara kedua-duanya.

  • Warna ungu kemudian digantikan biru gelap. Pada 1993, BMW Motorsport GmbH beroperasi di bawah nama BMW M GmbH.
  • Logo dan lencana BMW M sebagai simbolik kepada prestasi dikekalkan hingga sekarang dan masih ada aura tersendiri.
pdrm-bmw-m3-1
pdrm-bmw-m3-2

Tambahan lain, BMW sebenarnya bukan pengeluar kenderaan mewah semata-mata. BMW juga syarikat kenderaan prestasi melalui jenama BMW M. Jadi tidak hairanlah Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini menguji BMW M3 kerana itu sebenarnya model prestasi tinggi dan bukan sekadar bermewah atau dijadikan kenderaan peronda harian.

BMW M5 Touring

Prestasi juga tidak dihadkan kepada model sporty, BMW juga akan melancarkan model wagon BMW M3 Touring, tahun depan. Model itu adalah kesinambungan kepada M5 Touring yang diperkenalkan pada 1992.

Agaknya bagaimanakah rupa wagon dengan gril ginjal lonjong? Tidak dinafikan gril itu memang mengundang pelbagai pendapat, tetapi faktanua itulah legasi BMW sejak sekian lama. Gril itu juga berjaya menarik perhatian ramai kepada BMW.

BMW M2

Lagi model bakal diperkenalkan ialah siri khas BMW M4 Coupé yang akan menggantikan BMW M2. Masih belum cukup, model elektrifikasi prestasi tinggi pertama dalam sejarah BMW M GmbH juga akan diperkenalkan pada 2022. Menarikkan?

BACA >>> Kereta Keselamatan BMW M Division - Kerjasama 2 Dekad dalam MotoGP
BACA >>> Kerjasama BMW-TVS Sukses, Hasilkan 100,000 Unit G310

Logo BMW M 2022.01
Logo BMW M 2022.02
Logo BMW M 2022.03
Logo BMW M 2022.04
Logo BMW M 2022.05
Logo BMW M 2022.06
Logo BMW M 2022.07
Logo BMW M 2022.08
BMW M1 1978-1981 01
BMW M1 1978-1981
Bonhams Auction Dubai, BMW 3.0 CSL and BMW M1
Bonhams Auction Dubai, BMW M1

Related

216
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, BMW, BMW M, BMW M GmbH, Lencana BMW Baharu, Logo BMW Baharu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev