KAMI pernah menyiarkan berita MV Agusta bakal melancarkan dua model advencer sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2021 sedang berlangsung kini.
Dua model itu sudah pun ditayangkan kepada media semalam, dikenali sebagai Lucky Explorer 9.5 dan Lucky Explorer 5.5. Kedua-duanya motosikal advencer pertama MV Agusta yang sinonim dengan sportbike.
Kedua-dua model menggunakan skema warna Lucky Explorer (Lucky Strike) yang pernah digunakan Cagiva Elefant yang bersaing dalam kejuaraan Rali Paris-Dakar era 90-an lalu dan menjadi juara rali tersebut pada 1990 dan 1994.
Berikut spesifikasi dan ciri Lucky Explorer 9.5 dan Lucky Explorer 5.5:
MV Agusta Lucky Explorer 9.5
- Lebih premium dengan menumpukan aspek tunggangan off-road.
- Dijana enjin 3-silinder sebaris 931cc DOHC penyejukan cecair dan minyak dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 125hp @ 10,000rpm dan tork 102Nm @ 7,000rpm.
- Radiator dibahagi kepada dua bahagian.
- Transmisi dilengkap bantuan aktuasi elektronik, sistem klac pintar Smart Clutch System dan Quickshifter.
- Koil pembakaran dengan sensor ketukan dan misfire, bermaksud model ini boleh dibawa ke kawasan yang tiada sumber petrol berkualiti tinggi.
- Fork terbalik (USD) Sachs 50mm dengan kawalan elektronik dan jarak travel 218mm di depan.
- Monoshock Sachs ELECTRO-NIC dengan kawalan elektronik, dan jarak travel 210mm di belakang.
- Rim 21 inci (depan) dan 18 inci (belakang).
- Brek depan dengan dwi-kaliper Brembo Stylema dan cakera 320mm.
- Ciri elektronik seperti sistem kawalan enjin MVICS untuk mod enjin dan kawalan traksi 8-tahap.
- ABS Selekoh yang mengikut sudut miring motosikal.
- Panel meter TFT 7 inci dengan sambungan Bluetooth dan Wi-Fi.
- Ada kawalan jelajah (cruise control).
- Ada sensor navigasi (GPS).
- Lampu jenis LED penuh.
- Berat kering 220kg.
MV Agusta Lucky Explorer 5.5
- Walaupun memiliki penampilan off-road, model ini lebih menumpukan tunggangan atas jalan raya biasa yang berturap.
- Enjin 2-silinder sebaris 554cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 47.6hp @ 7,500rpm dan tork maksimum 51Nm @ 5,500rpm, dihasilkan bersama QJMotor (pembuat Benelli).
- Fork terbalik (USD) KYB 43mm dengan jarak travel 135mm di depan.
- Monoshock KYB dengan damper progresif di belakang.
- Brek depan dengan dwi-kaliper Brembo 4-piston.
- Road depan 19-inci, roda belakang 17-inci.
- Panel meter TFT 5 inci dengan sambungan Bluetooth.
- Lampu jenis LED penuh.
- Berat kering 220kg.
MV Agusta belum mendedahkan harga dua model advencer itu. Ramai peminat jenama Itali itu mengharapkan harganya berpatutan dan tidak semahal model lain.
Leave a Reply