RAMAI tahu Yamaha Tracer 9 GT (2022) akan dilancarkan di Malaysia. Kini penantian anda sudah berakhir kerana model sport-touring itu sudah pun dilancarkan secara rasmi, semalam, 23 November pada harga RM69,498, tanpa insurans dan pendaftaran.
Sebagai makluman, GT adalah singkatan kepada 'Grand Touring' yang membawa maksud jentera yang disesuaikan untuk tunggangan jarak jauh dengan menggabungkan enjin prestasi tinggi. Selain itu, motosikal ini juga dilengkapkan banyak ciri untuk tujuan 'GT' tersebut:
BACA >>> #Perbandingan: Yamaha Ego Gear vs Ego Solariz, Apa yang Berubah?
Apa anda dapat dengan Yamaha Tracer 9 GT (2022)?
- Dijana enjin 4-lejang 4-injap 3-silinder sebaris CP3 889cc SOHC penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI) dengan transmisi manual 6-kelajuan berkuasa 117hp @ 10,000rpm dan 93Nm @ 7,000rpm dengan beberapa perubahan dilakukan untuk memberikan penggunaan bahan api lebih efisien.
- Beberapa bahagian enjin diringankan untuk enjin lebih responsif apabila diligatkan.
- Kapasiti tangki minyak 18 liter, berat basah 220kg dan jarak roda 1500mm.
- Antara ciri terbaharu ialah suspensi elektronik yang dibangunkan Yamaha bersama KYB, iaitu fork teleskopik dengan travel 130mm di depan dan monoshock dengan travel 137mm di belakang.
- Memiliki sistem damper hendal yang mengekalkan kestabilan apabila memecut laju.
- Ada tambahan unit unjuran inersia (IMU) 6-paksi. Data IMU ini digunakan untuk Sistem Kawalan Traksi (TCS), Sistem Kawalan Gelincir (Slide Control) dan Sistem Kawalan Angkat Tayar Depan (LIF) untuk tunggangan lebih selamat dalam sebarang kondisi jalan.
- Ada sistem kawalan jelajah (cruise control) yang boleh diaktifkan pada halaju 50kmj dan dalam gear-4.
- Posisi menunggang jenis boleh ubah mengikut ergonomik tunggangan dengan tinggi pelana 810mm-825mm.
- Dibekalkan lampu LED premium termasuk lampu LED untuk mengambil selekoh.
- Ada panel meter kembar TFT warna pernuh 3.5-inci.
- Brek cakera 298mm di depan dan 245mm di belakang, manakala tayar jenis tiubles saiz 120/70Z R17 M/C (depan) dan 180/55Z R17 M/C (belakang).
- Ditawarkan dalam dua pilihan warna: Icon Performance (perak dan hitam), dan Redline (merah dan hitam).
- 300 pembeli akan mendapat hadiah beg pinggang Big Bike Key Pouch dibuat Royal Selangor. Pemilik boleh mengunjungi Royal Selangor untuk mengukir beg pinggang berkenaan. Setiap pembeli juga akan menerima kunci brek cakera Yamaha.
BACA >>> #Spyshot: Foto Prototaip Yamaha Tracer 125 Bocor
BACA >>> Benelli TRK 251, Leoncino 250 Lancar di Malaysia, Harga Serendah RM13.8k Sahaja!
Leave a Reply