• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Moto Guzzi V100 Mandello (2022) dengan Ciri Sistem Aerodinamik Aktif Pertama di Dunia

Moto Guzzi V100 Mandello (2022) dengan Ciri Sistem Aerodinamik Aktif Pertama di Dunia

November 26, 2021 By Wahid Leave a Comment

81
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ACARA motosikal terbesar dunia, Pemeran Motosikal Milan (EICMA) 2021 sudah pun bermula selepas dibatalkan tahun lalu akibat pandemik Covid-19.

Antara motosikal pertama ditayangkan ialah Moto Guzzi V100 Mandello, iaitu model sport-touring. Jenama Moto Guzzi adalah pengeluar motosikal vintaj atau retro di bawah naungan Piaggio Group. Namun, model baharu menampakkan yang pengeluar Itali itu bersedia menempuh alaf baharu.

BACA >>> Moto Guzzi Perkenal Seragam Centenario untuk V9 Bobber, Roamer (2021)
BACA >>> Triumph Tiger Sport 660 (2022) Debut, Dijangka Masuk Malaysia 2022, Anggaran Harga RM50k

Jadi  V100 Mandello boleh dianggap model pertama Moto Guzzi dengan ciri paling moden seperti:

  • Suspensi semi-aktif Öhlins Smart EC 2.0.
  • Unit unuuran inersia (IMU) 6-paksi untuk memberikan respons ABS mengikut sudut miring.
  • Pakej elektronik terdiri daripada sistem kawalan traksi 4-tahap, mod enjin 3-tahap, dan kawalan brek enjin 3-tahap.

  • Ciri paling menyerlah ialah sistem aerodinamik aktif (AAS) yang berfungsi mengawal deflektor angin secara automatik di sisi tangki minyak. Moto Guzzi mendakwa, ciri tersebut dapat mengurangkan tujahan angin 22 peratus.
  • Ciri itu membolehkan V100 Mondello menjadi motosikal pertama dunia menggunakan sistem tersebut.
  • Ada empat mod tunggang: Travel, Sport, Rain dan Road.
  • Ada ciri kawalan jelajah, ABS Selekoh (ABS Cornering) dan Quickshifter.
  • Kapasiti tangki minyak 17.5 liter.
  • Menggunakan swingarm sebelah aluminium.
moto-guzzi-v85-tt
Moto Guzzi V100 Mandello-6
  • Enjin menggunakan platform model advencer V85 TT (foto atas kiri), tetapi penggunakan lengan jumpelang (rocker-arm) dapat mengurangkan ketinggian enjin sebanyak 103mm.
  • Dijana enjin 4-lejang 4-injap V-Twin 1,042cc DOHC penyejukan cecair yang dipasangkan melintang pada frem dengan menghasilkan kuasa 115hp dan tork 105Nm, dengan 90 peratus had maksimum berada pada rev 3,500rpm.
moto-guzzi-v100-mandello-4
moto-guzzi-v100-mandello-6
  • Kedudukan syaf lebih rendah mengurangkan daya yang mengangkat belakang motosikal ketika memecut. Menurut Moto Guzzi, sama seperti menunggang motosikal dengan rantai.
  • Panel meter TFT 5 inci berwarna menyedikan akses multimedia menerusi konektiviti Bluetooth.
  • Lampu LED penuh, termasuk lampu siang (DRL) dan lampu belok yang akan menyuluh automatik mengikut arah belokan.

Belum ada harga untuk V100 Mandello ini, tetapi kami rasa teruja hendak melihat motosikal cantik ini secepat mungkin!

BACA >>> Penakluk Jalanan, Yamaha Tracer 9 GT (2022) Kini di Malaysia, Harga RM69.4k

moto-guzzi-v100-mandello-2
Moto Guzzi V100 Mandello-2
Moto Guzzi V100 Mandello-3
Moto Guzzi V100 Mandello-3
Moto Guzzi V100 Mandello-1
moto-guzzi-v100-mandello-1
Moto Guzzi V100 Mandello-2
Moto Guzzi V100 Mandello-1
moto-guzzi-v100-mandello-2
moto-guzzi-v100-mandello-3
Moto Guzzi V100 Mandello-6
Moto Guzzi V100 Mandello-5
moto-guzzi-v100-mandello-4
moto-guzzi-v100-mandello-5
moto-guzzi-v100-mandello-6
moto-guzzi-v100-mandello-7

Related

81
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: EICMA 2021, Moto Guzzi, Moto Guzzi V100 Mandello (2022), Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2021, roda2, sport-touring

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev