• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Prasarana Lancar Pas Keluarga Malaysia, Naik Tren ke Mana Saja Bayar RM15 Sahaja

Prasarana Lancar Pas Keluarga Malaysia, Naik Tren ke Mana Saja Bayar RM15 Sahaja

November 22, 2021 By Han Othman Leave a Comment

426
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PRASARANA Malaysia Berhad memperkenalkan Pas Keluarga Malaysia dalam usaha menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam untuk beriadah dan mengunjungi lokasi tarikan di Lembah Klang.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pas tersebut membolehkan seramai empat orang dalam satu kumpulan menikmati perjalanan sehari tanpa had sepanjang Sabtu, Ahad dan cuti umum pada harga cuma RM15.

Beliau berkata, perjalanan melibatkan pengangkutan awam seperti LRT (Transit Aliran Ringan), MRT  (Transit Aliran Massa) dan monorel di bawah kendalian Rapid KL dan BRT (Transit Aliran Bas).

Ismail Sabri berkata;

Ini bermakna setiap seorang dalam kumpulan ini hanya membayar RM3.75 untuk menggunakan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel dan BRT di bawah kendalian Rapid KL sepanjang hari."

"Inisiatif itu bertujuan menggalakkan keluarga Malaysia beriadah, bersiar-siar dan menghabiskan masa berkualiti dengan orang tersayang sambil mengunjungi pusat-pusat beli belah atau tempat menarik yang ada di sekitar jaringan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Selangor."

Turut hadir dalam pelancaran majlis pelancaran Pas Keluarga Malaysia ialah Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim dan Pengerusi Prasarana Tan Sri Jamaludin Ibrahim.

Ismail Sabri berkata lagi, kemudahan pengangkutan awam yang efisien dan ketersambungan adalah penting bagi mobilisasi Keluarga Malaysia.

Pengangkutan awam juga tidak terkecuali dalam memainkan peranan penting dalam menjayakan Keluarga Malaysia kerana selain menjadi alat penyatuan bangsa, ia juga menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Pada masa sama, Perdana Menteri  turut mengumumkan Pakej Transit untuk Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana bermula Mac tahun depan, dilaksanakan anak syarikat Prasarana, Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE) yang membolehkan peniaga berniaga sekitar lapan stesen LRT Laluan Kelana Jaya.

Stesen tersebut ialah Subang Alam, Alam Sutera, Putra Height, Taman Perindustrian Puchong, Awan Besar, IOI Puchong Jaya, Plaza Rakyat dan SS18.

Menerusi pakej itu, sejumlah 20 lot perniagaan bersaiz 80 hingga 400 kaki persegi di beberapa laluan akan ditawarkan kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana secara cabutan lot.

Ismail Sabri berkata, pemohon yang berjaya akan menikmati struktur sewaan istimewa selama setahun, termasuk pengecualian sewa tiga bulan dengan perinciannya dihebahkan PRIDE dalam masa terdekat.

SUMBER: Bernama

Related

426
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pas Keluarga Malaysia, Perdana Menteri, Prasaran Malaysia Berhad, Prasarana Integrated Development Sdn Bhd ( PRIDE)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev