SEORANG pekerja kedai perabot terpakai berusia 20-an maut akibat dirempuh sebuah kereta Proton Preve di Jalan Lingkaran Tengah 2, Kampung Pasir, Ampang, semalam.
Dalam insiden jam 6.15 petang itu, Preve yang dipandu seorang lelaki hilang kawalan, dipercayai mabuk sebelum terbabas dan merempuh masuk ke dalam kedai perabot terpakai tersebut.
BACA >>> Bomba Jumpa Tangki Gas Kimpal, Oksigen, Punca Alza Terbakar Tiba-Tiba Disiasat
BACA >>> Saga Elektrik Buka Tempahan, Harga Mula RM167k!
Insiden berkenaan menyebabkan mangsa yang sedang bekerja dalam kedai perabot terpakai itu turut dilanggar hingga parah sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang. Rempuhan tersebut turut merosakkan struktur binaan kedai perabot berkenaan.
Menurut polis, pemandu Preve itu datang dari Kajang menghala ke Raub, Pahang itu dan pitam ketika memandu hingga menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan.
Sampel air kencing dan ujian pernafasan dilakukan menunjukkan pemandu itu negatif, serta ujian darah turut diambil untuk dianalisis. Kesakan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
BACA >>> Toprak Razgatlioglu Sah Juara WorldSBK 2021
BACA >>> Polis Cari Marsyal Konvoi 'Eskyen' Jadi Polis di Port Dickson
SUMBER: SinarHarian
Leave a Reply