• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bomba Jumpa Tangki Gas Kimpal, Oksigen, Punca Alza Terbakar Tiba-Tiba Disiasat

Bomba Jumpa Tangki Gas Kimpal, Oksigen, Punca Alza Terbakar Tiba-Tiba Disiasat

November 22, 2021 By Farah Leave a Comment

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMANDU lelaki ditemui rentung dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza terbakar di Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang, Kuala Terengganu, kelmarin, dikatakan sedang mengekori sebuah ambulans yang membawa bapanya  pulang ke rumah dari Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Siasatan awal bomba menemui tiga tangki gas yang digunakan untuk kerja kimpalan dan satu tangki oksigen di tempat duduk belakang MPV tersebut.

BACA >>> Tak Sempat Keluar Selamatkan Diri, Lelaki Rentung dalam Alza Terbakar
BACA >>> Mekanik Maut Kena Hempap Ketika Baiki Exora

Kebakaran tercetus ketika mangsa sedang memandu sebelum dia cuba berhenti di tepi jalan untuk menyelamatkan diri, tetapi gagal. Insiden itu turut menyebabkan sebuah Pe­rodua Viva yang diparkir di situ terbakar 60 peratus. Mangsa maut akibat melecur 90 peratus anggota badan. Punca kebakaran masih disiasat.

alza-terbakar-terengganu-3
alza-terbakar-terengganu-2

Mangsa Mohd Azizi Jaafar, 37, yang bekerja sebagai mekanik, dilaporkan sedang dalam perjalanan mengiringi bapa pulang ke rumah bagi memenuhi permintaan terakhirnya yang mahu meninggal dunia di rumah di Wakaf Mempelam.

TAK SEMPAT SELAMATKAN DIRI

Lebih menyayat hati, detik letupan dan kebakaran Alza itu disaksikan abang mangsa, Mohd Jasmani Jaafar, 50, yang ketika itu berada dalam ambulan.

Ketika itu saya berada dalam ambulans kerana mene­mani bapa sebelum ternampak api marak daripada MPV dipandu Mohd Azizi disusuli letupan kecil.

“Saya nampak adik cuba melepaskan diri dan saya berlari untuk menyelamatkannya sebelum dihalang orang ramai. Saya lihat dia menjerit dan meronta-ronta sebelum senyap dan saya hanya mampu menangis hiba,” katanya dipetik Kosmo Online.

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2021/11/alza-terbakar-terengganu.mp4

Tidak lama selepas insiden itu, bapanya, Jaafar Abdullah, 76,  yang menghidap asma kronik dan darah tinggi pula meninggal dunia selepas 10 jam adiknya pergi iaitu, iaitu pada jam 5 pagi.

Isteri mangsa, Roslinda Mohd Ramzi, 37, tidak menyangka suaminya sudah tiada hingga beranggapan abang iparnya hanya bergurau. Ini kerana suaminya baru sahaja menghantar audio menerusi aplikasi WhatsApp umtuk memaklumkan ambulans yang membawa bapanya hampir sampai di rumah.

Jenazah dua beranak itu disemadikan bersebelahan di Tanah Perkuburan Baharu Kampung Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu, semalam.

BACA >>> Polis Cari Marsyal Konvoi 'Eskyen' Jadi Polis di Port Dickson
BACA >>> Toprak Razgatlioglu Sah Juara WorldSBK 2021

SUMBER DAN FOTO: HMetro | Kosmo

Related

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alza, Alza Terbakar Kuala Terengganu, Kebakaran, kemalangan, maut, Perodua

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev