• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Saman Anggota Meronda Naik Kapcai Pakai Plat 'Fancy', Tak Ada Cermin Sisi

Polis Saman Anggota Meronda Naik Kapcai Pakai Plat 'Fancy', Tak Ada Cermin Sisi

November 19, 2021 By Farah Leave a Comment

3.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIADA mana-mana individu yang terkecuali jika tidak mengikut spesifikasi nombor pendaftaran, termasuk pihak berkuasa.

Ini terbukti apabila seorang anggota polis disaman kerana menggunakan nombor pendaftaran 'fancy' ketika sedang melakukan rodaan bermotosikal.

BACA>>> JPJ Beri Izin Lapor Jika Nampak Ada Kenderaan Guna Nombor Plat 'Fancy'
BACA>>> #TahukahAnda: Kompaun Minimum RM300 Jika Nombor Plat Tidak Ikut Spesifikasi!

Kesalahan anggota polis tersebut didedahkan satu klip video dalam laman Tiktok yang kemudian tular di media sosial. Video itu dimuat naik emilik akaun Tiktok @haikaaaaaaaa dengan kapsyen; "Bukan nak provok, tapi apa pendapat anda?"

Dalam video 15 saat itu, polis itu dilihat menunggang kapcai dengan nombor plat 'fancy' dan tanpa cermin sisi. Bagaimanapun dalam tinjauan terbaharu kami, video tersebut sudah dipadamkan.

Disebabkan video tular tersebut, anggota bertugas itu disaman atas dua kesalahan, menurut makluman Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, dipetik akhbar Sinar Harian.

Anggota polis peronda bermotosikal itu adalah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang dan tindakan undang-undang sudah diambil atas kesalahan memasang nombor pendaftaran 'fancy' dan tiada cermin sisi.

Mohamad Farouk berkata, polis tidak akan  berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota polis yang melanggar peraturan.

Terdahulu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meminta orang ramai melaporkan mana-mana kenderaan yang memasang nombor pendaftaran mengelirukan, kabur atau fancy di e-mel [email protected] bersama gambar kenderaan dan butiran lain yang berkaitan.

Pemilik kenderaan yang didapati melanggar peraturan itu boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM3,000 di bawah Seksyen 14 (4) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987.

BACA >>> Kereta Anggota, Pegawai Polis Guna Nombor Plat 'Fancy' Pun Kena Saman!
BACA >>> Bukan Ekzos Bising, Tapi Sebab Nombor Plat Fancy

Related

3.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, nombor plat, Nombor Plat Fancy, PDRM, polis, Polis Diraja Malaysia (PDRM), TikTok, video tular

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev