PERODUA Myvi (2022) versi dipertingkat (facelift) yang dilancarkan semalam ialah produk kedua selepas Ativa yang hadir dengan sistem transmisi dwi-mod CVT (transmisi variabel berterusan), atau singkatan D-CVT.
Jangan silap kerana D-CVT yang digunakan Myvi (2022) baharu itu tidak sama seperti digunakan kenderaan Toyota. DCVT Toyota bermaksud Direct Shift CVT. Jadi apa itu D-CVT untuk Myvi (2022)?
BACA >>> Perodua Myvi (2022) Facelift Lancar, Ada Power Mode, A.S.A 3.0! Harga Mula RM45.7k!
D-CVT Perodua Myvi (2022)
- D-CVT Perodua ialah jenis transmisi gabungan teknologi daripada tiga jenis kotak gear iaitu manual, automatik dan CVT, iaitu kombinasi pacuan tali sawat dan sistem pacuan gear.
- Manfaat transmisi baharu Myvi adalah memberikan penjimatan penggunaan bahan api, meningkatkan kecekapan hantaran kuasa dan menjadikan enjin lebih senyap.
- D-CVT dipacu gear ketika memandu dalam halaju tinggi, berbeza daripada DCVT Toyota dengan khidmat gear dalam halaju rendah.
- Generasi Myvi automatik sebelum ini menggunakan transmisi konvensional automatik 4-kelajuan, manakala model facelift dilancarkan semalam ialah generasi CVT (D-CVT).
- Jika diperhatikan, tombol gear Myvi (2022) baharu sudah berubah, yang mana Perodua menggunakan susunan P-R-N-D-S-B menggantikan P-R-N-D-3-2.
- Angka 3 kini ditukar kepada S (bermaksud Sport) yang dapat membantu pecutan ketika memotong, manakala B menggantikan 2, sesuai untuk pemanduan turun bukit.
- D-CVT pada Myvi (2022) menawarkan kecekapan bahan api sekitar 5 peratus. Menurut Perodua, varian 1.5L mampu mencapai 21.1km per liter petrol berbanding 20.1km sebelum ini. Varian 1.3 liter pula lebih efisien iaitu 22.2km per liter berbanding 21.1km sebelum ini.
- Masa pecutan meningkat 20 peratus lebih cepat. Myvi 1.3L boleh mencapai kelajuan 0-100kmj dalam masa 11.5 saat, manakala varian 1.5L memerlukan tempoh 10.2 saat.
BACA >>> #FaktaAtauAuta: Betul Ke Transmisi CVT Teruk Sangat?
APA BEZA CVT dan D-CVT?
- Transmisi CVT biasan (foto atas kiri) menggunakan sepasang puli (pulley) (dipacu dan memacu) yang bersambung dengan satu tali sawat (belting) untuk menghasilkan nisbah gear. Transmisi CVT boleh dianggap seakan gear basikal.
- D-CVT (foto atas kanan) Myvi (2022) berasaskan sistem puli dan tali sawat sama, tetapi ada tambahan mekanisme gear-pisah (split-gear). Cara operasi sama seperti CVT, tetapi berbeza pada fasa pecutan.
- Ketika memecut, split-gear akan mengambil alih tugas puli dan tali sawat dalam hantaran kuasa dari enjin ke roda. Ini membantu mengurangkan pusingan dan tekanan ke atas tali sawat. Berikut video perbezaan CVT dan D-CVT:
- Bagi memudahkan pemahaman mengenai fungsi CVT berfungsi, video di bawah ini memberikan penjelasan lebih mudah:
MANFAAT D-CVT vs CVT
1. Tambahan Jarak Nisbah Gear
- Menurut Daihatsu, CVT biasa memiliki jarak nisbah gear seakan sama seperti transmisi automatik 6-kelajuan.
- Kelebihan mod pisah (split mode) dalam D-CVT pula menjadikan jarak nisbah gear seperti transmisi automatik 8-kelajuan.
2. Putaran Enjin Lebih Rendah
- Split-mode mampu mengurangkan putaran enjin 200rpm pada kelajuan 60kmj, atau 550rpm pada 100kmj.
- Pengurangan itu mengurangkan fenomena enjin meraung berbanding transmisi CVT biasa, sekali gus menjadikan pecutan lebih lancar dan lebih cekap bahan api.
3. Transmisi Lebih Efisien
- Salah satu kelemahan transmisi CVT ialah fenomena hilang tenaga akibat kesan geseran tali sawat. Di sinilah kelebihan split mode dalam D-CVT sebagai penyelesaiannya.
- Teknologi baharu dalam D-CVT mengurangkan kebergantungan kepada tali sawat dan mengurangkan gejala hilang tenaga.
BACA >>> Lakukan 5 Tabiat Ini Jika Mahukan Gear Manual Anda Rosak
BACA >>> Teknologi Tukar Gear, Akses Unit Infotainmen Guna Satu Butang Rotari Sahaja
BACA >>> Ini Sebabnya Mengapa Proton Masih Guna Transmisi CVT...
BACA >>> Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
Aruz says
perkongsian berguna. terima kasih pandu laju