• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen T-Roc Cabriolet (2022), SUV Unik dengan Bumbung Boleh Buka, Harga RM150k

Volkswagen T-Roc Cabriolet (2022), SUV Unik dengan Bumbung Boleh Buka, Harga RM150k

November 23, 2021 By Abang Hirata Leave a Comment

598
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOLKSWAGEN Group memang konglomerat automotif berstatus gergasi. Selain Volkswagen Passenger Cars, Volkswagen Group turut menaungi beberapa jenama autmotif di bawahnya.

Volkswagen Passenger Cars sendiri adalah divisyen yang kukuh dengan bertapak di lebih 150 pasaran dunia. Jualan Volkswagen tahun lalu mencecah 5.3 juta unit.

Dengan jumlah tersebut, Volkswagen memiliki sumber kewangan dan kakitangan besar yang menjadi aspek penting dalam pengilangan. Faktor itu membolehkan Volkswagen menawarkan banyak model kenderaan utiliti sukan (SUV) unik dalam pelbagai niche.

Terbaharu, Volskwagen memperkenalkan T-Roc Cabriolet (2022)!

Segmen T-Roc Cabriolet (2022) sangat asing dan Volkswagen nampaknya melangkah jauh dalam kehangatan penawaran SUV sedia ada di pasaran. Ini bukan model baharu, kerana SUV  kompak itu pernah dilancarkan pada 2017 yang mana versi cabriolet diperkenalkan pada 2019.

Sehingga kini, jualan kumulatif T-Roc sudah mencapai lebih sejuta unit! Apa yang menarik mengenai T-Roc Cabriolet (2022)

Volkswagen T-Roc Cabriolet 2022.12
Volkswagen T-Roc Cabriolet 2022.14
  • Tampil dengan lampu utama LED dan lampu belakang gelap sebagai ciri standard.
  • Sebagai alternatif, pembeli ditawarkan lampu IQ LIGHT dan LED matriks, jalur gril bercahaya, lampu belakang corak baharu dan lampu isyarat dinamik.
  • Dilengkapkan rekaan rim 17 inci dan 19 inci baharu dan ada lima pilihan warna baharu.

  • Ruang dalaman terhidang unit infotainmen direka seperti tablet yang dimuatkan dalam papan pemuka.
  • Berbeza varian, unit infotainment didatangkan dalam dua ukuran 8 inci dan 9 inci dengan kluster instrumen digital dengan pilihan saiz hingga 10.25 inci.

  • Stereng jenis multi-info juga menampilkan rekaan baharu yang nampak lebih premium dan moden.
  • Bumbung cabriolet dibuat daripada fabrik tiga lapis dan dikawal secara elektrik serta boleh dibuka penuh dalam masa kurang 9 saat.
  • Trenkuasa ditawarkan dalam tiga pilihan seperti berikut:
    • 1.0L TSI (108hp) dengan transmisi manual 6-kelajuan
    • 1.5L TSI (148hp) dengan transmisi manual 6-kelajuan
    • 1.5 TSI (148hp) dengan transmisi dual-klac DSG 7-kelajuan
  • Antara ciri keselamatan disediakan ialah ciri Bantuan Kekal Lorong (LKA) sebagai ciri standard. Sistem baharu, bantuan jelajah (IQ.DRIVE Travel Assist) dan Kawalan Jelajah Prediktif (PCC) membolehkan fungsi bantuan stereng, brek dan pecutan dapat digunakan hingga kelajuan 210kmj.
  • T-Roc Cabriolet (2022) ditawarkan pada harga bermula €31,850 (RM150,880) untuk varian Style 1.0L TSI.

BACA >>> SUV Mampu Milik Dari Kump. VW Bakal Masuk Asean, Guna Platform Binaan Škoda
BACA >>> Volkswagen Multivan (2022) - Evolusi Van Legenda dari Jerman!

Volkswagen T-Roc Cabriolet 2022.01
Volkswagen T-Roc Cabriolet 2022.02
Volkswagen T-Roc Cabriolet 2022.03
Volkswagen T-Roc Cabriolet 2022.04
Volkswagen T-Roc Cabriolet 2022.05
Volkswagen T-Roc Cabriolet 2022.06
Volkswagen T-Roc Cabriolet 2022.07
Volkswagen T-Roc Cabriolet 2022.08
Volkswagen T-Roc Cabriolet 2022.09
Volkswagen T-Roc Cabriolet 2022.10
Volkswagen T-Roc Cabriolet 2022.11
Volkswagen T-Roc Cabriolet 2022.12
Volkswagen T-Roc Cabriolet 2022.13
Volkswagen T-Roc Cabriolet 2022.14
Volkswagen T-Roc Cabriolet 2022.15

Related

598
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Cabriolet, Roda4, Volkswagen, Volkswagen Group, Volkswagen Passenger Cars, Volkswagen T-Roc, Volkswagen T-Roc Cabriolet

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev