• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ambil Masa 15 Tahun Hanya untuk Bina Jalan 1.5km

Ambil Masa 15 Tahun Hanya untuk Bina Jalan 1.5km

November 15, 2021 By Shawkath Leave a Comment

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HANYA berbekalkan tukul dan pahat, penduduk Shenlongwan nekad menggali, menebuk dan merobohkan struktur berbatu sebuah gunung untuk membentuk jalan sepanjang 1.5km bagi menghubungkan kampung mereka dengan dunia luar di China.

Apa yang menakjubkan, kerja keras itu mengambil masa 15 tahun untuk menyiapkan laluan tersebut yang juga menjadi salah satu cara membantu penduduk kampung di situ keluar daripada kemiskinan.

Perkampungan Shenlongwan terletak di kawasan pergunungan di wilayah Shanxi yang terkenal dengan tanaman kacang walnut dan buah pear berkualiti tinggi. Namun, penduduk tempatan di situ berdepan cabaran besar membawa hasil tuaian untuk dipasarkan.

BACA >>> Lorong Bercahaya Guna Solar Bantu Pejalan Kaki dalam Gelap


Ini kerana sehingga tahun 2000, hanya ada dua cara untuk penduduk di situ sampai ke bandar Changzhi:

  • Melencongkan perjalanan merentas lapan kawasan bandar di tiga wilayah berbeza.
  • Ambil risiko memanjat tangga sempit untuk sampai ke satu laluan curam atas gunung.

Penduduk Shenlongwan akhirnya memutuskan membina laluan sendiri  selepas pihak berkuasa enggan membina jalan raya ke kampung mereka. Salah seorang penduduk kampung, Duan Jianlin yang terlibat dalam pembinaan jalan itu, berkata;

Kami terdesak memerlukan jalan. Jika kami gagal siap bina dalam masa setahun, kami akan cuba untuk dua tahun. Kalau masih tidak cukup, kami akan ambil masa tiga tahun.”

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Gejala Microsleep Ketika Memandu yang Anda Perlu Tahu
BACA >>> Cukai Jalan Motosikal Kini Boleh Diperbaharui di Puspakom

Penduduk  Shenlongwan akhirnya siap membina laluan itu, sepanjang  1,526 meter dengan mengambil masa kira-kira 15 tahun, iaitu bermula 1985 dan berakhir pada 2000.

Laluan pendek itu bukan hanya membuka potensi pelancongan dan perdagangan baharu tetapi membantu penduduk Shenlongwan keluar daripada kemiskinan.

Hari ini, lebih 60 peratus daripada kira-kira 700 penduduk di kampung itu berkecimpung dalam perniagaan berkait pelancongan. Pendapatan perkapita sebelum laluan itu dibuka ialah 680 yuan (RM443) dan kini meningkat kepada 12,000 yuan (RM7,826) kerana akses jalan gunung tersebut.

Sebuah kisah hebat yang pasti memberikan inspirasi!

BACA >>> NTSB: Nak Atasi Maut Jalan Raya Bukan Tumpu Sikap Pemandu Sahaja
BACA >>> Jalan Raya Tertinggi Dunia Kini di India, Bukan Lagi Bolivia
BACA >>> 40 Peratus daripada 600,000 OKU Jadi Cacat Akibat Kemalangan Jalan Raya Malaysia

terowong-gunung-shenlongwan-china-1
(210709) -- TAIYUAN, July 9, 2021 -- The road over the cliff is pictured in Pingshun County, north China s Shanxi Provi
jalan gunung china
jalan gunung china 4
jalan gunung china 3
jalan gunung china 2
terowong-gunung-shenlongwan-china-3
terowong-gunung-shenlongwan-china-4
terowong-gunung-shenlongwan-china-6

SUMBER: OddityCentral

Related

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: China, Penduduk Bina Jalan Sendiri, Shenlongwan, Wilayah Shanxi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
    PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
  • GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
    GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev