PELUMBA negara Hafizh Syahrin mengesah dirinya akan berhijrah ke Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) 2022 untuk pasukan MIE Racing Honda Team berdasarkan foto dimuatkan dalam akaun rasmi Instagram, hari ini.
Hafizh akan berlumba bersama rakan pasukan Leandro Mercado dari Argentina untuk saingan musim depan.
View this post on Instagram
Pelumba Moto2 itu sebelum ini membayangkan akan bersara daripada kancah Kejuaraan Dunia MotoGP selepas berakhir musim ini. Beliau kini berada di Sepanyol untuk menamatkan psuiangan akhir Moto2 bersama pasukan NTS RW Racing dalam aksi GP Valencia di Litar Ricardo Tormo yang bermula hari ini.
Berita terbaharu itu mengakhiri karier lapan musim dalam saingan MotoGP, termasuk dua musim dalam kelas premier pada 2018 bersama Yamaha Tech3) dan 2019, KTM Tech3.
SUMBER: IG Hafizh | SinarHarian
Leave a Reply