DUCATI Streetfighter V2 (2022) akhirnya dilancarkan sempena Ducati Premiere 2022 sebagai model naked bike yang lebih senang dikendalikan berbanding Streetfighter V4.
Berikut ciri Streetfighter V2 (2022):
- Dijana rnjin dwi-silinder V-Twin Superquadro 955cc berkuasa 153hp dan tork 101.4Nm (208hp dan 123Nm untuk enjin Desmosedici Stradale 1100cc yang digunakan Streetfighter V4).
- Enjin tersebut turut digunakan Panigale V2, tetapi menghasilkan kuasa 155hp dan tork 104.4Nm.
- Nisbah gear dipendekkan berbanding Panigale V2 untuk pikap lebih kuat.
- Unit kawalan elektronik (ECU) enjin ditala untuk prestasi tersendiri bagi setiap gear.
- Ada ciri Quickshifter memudahkan penukaran gear atas-bawah tanpa klac.
- Pemasangan trenkuasa pada frem adalah sebagai unit berbeban.
BACA >>> Ducati Streetfighter V4 Sudah Ada di Malaysia! Harga Bermula RM115k!
- Frem bawah pelana berlainan bagi menampung berat pembonceng.
- Swingarm dipanjangkan 16mm untuk memberikan lebih kestabilan.
- Sistem suspensi sama seperti Panigale V2, iaitu fork Showa 43mm jenis boleh laras di depan, dan monoshock Sachs juga boleh laras di belakang, tetapi diberikan tetapan berlainan.
- Set rim dibalut tayar Pirelli Diablo Rosso IV baharu.
- Kaliper brek depan menggunakan unit Brembo M4 Monobloc.
- Dilengkapi pakej elektronik seperti ABS Selekoh(Cornering ABS), kawalan traksi, kawalan wheelie, kawalan brek enjin menerusi kawalan unit unjuran inersia (IMU).
- Ada tiga mod enjin seperti Sport, Road dan Wet. Setiap mod memberikan tahap kawalan traksi dan wheelie tersendiri.
- Rekabentuk masih mengekalkan DNA Streetfighter V4, termasuk dua winglet setiap belah motosikal.
- Menurut Ducati, winglet tersebut mampu memberikan daya tujahan 27kg pada halaju 265kmj.
- Ducati turut menawarkan sistem ekzos Akrapovič titanium yang mampu menambah ekstra kuasa 4hp, dan mengurangkan berat 7kg.
Streetfigher V2 (2022) dijual di pasaran Amerika Syarikat pada harga AS$16,995 (RM70,800). Namun, harga naked bike ini akan jauh lebih mahal apabila sampai di Malaysia kelak.
BACA >>> Ducati Panigale V2 (2020) Didedahkan
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Injap Desmodromic Ducati yang Perlu Anda Tahu
Leave a Reply