• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Teknologi Keyless Memang Mudah, Tapi Belum Tentu Selamat

#TahukahAnda: Teknologi Keyless Memang Mudah, Tapi Belum Tentu Selamat

November 12, 2021 By Shawkath Leave a Comment

512
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERETA moden hari ini membolehkan pemilik mengakses masuk kabin tanpa memasukkan kunci fizikal pada slot kunci  pasa pintu atau menekan butang buka.

Teknologi baharu ini dinamakan penghidup tanpa kunci (keyless) atau entri pintar (smart entry) yang mana pemilik cuma perlu datang dekat ke kereta dan menarik hendal pintu untuk buka. Pada masa sama, pemilik juga boleh membuka pintu dengan menekan butang kawalan jauh pada fob kunci kereta, sama seperti kunci konvensional sedia ada.

BACA >>> Trak Pikap Ford, Sedan Jepun Paling Banyak Kena Curi di Amerika Sepanjang 2020

fob-kunci-x50
fob-kunci-bmw

Tiada lagi batang kunci fizikal pada fob kunci keyless.

Teknologi keyless berfungsi dengan menghantar signal radio gelombang pendek yang mengandungi kod daripada fob kunci ke kereta. Bagaimanapun, tahukah anda teknologi itu ada kekurangan yang berpotensi meningkatkan risiko kecurian?

Ketua Pusat Kecekapan dari kelab automotif Auto Club Europa (ACE) yang berpangkalan di Jerman, Constantin Hack, berkata;

Untuk mencuri sebuah kenderaan dengan ciri teknologi keyless, penjenayah tidak perlu menggodam data atau menggunakan teknik deskripsi sulit yang kompleks.

“Apa diperlukan cuma penjangkau jarak (range extender), iaitu signal radio diperkuatkan hingga mengelirukan sistem yang membuatkan kereta menganggap kunci ada berdekatan dan kemudian pintu boleh dibuka.”

keyless-fob-wave
keyless-fob

Penjenayah juga boleh memintas kod dihantar antara fob kunci yang lazimnya pemilik tidak sedar apa sedang berlaku. Pakar Keselamatan dari Persatuan Insurans Jerman (GDV), Peter Holmstoel menjelaskan;

Sebagai pengguna biasa, anda tidak sedar kecurian data sedang berlaku. Apa diperlukan adalah seseorang berjalan dekat anda untuk memintas data daripada kunci kereta.”

BACA >>> #ApaNakBuat: 4 Tip Jaga Slot Kunci Motosikal, Pun Kena Servis Juga
BACA >>> Standard Baharu Kunci Kereta Telefon Pintar akan Tingkatkan Sekuriti Kenderaan

BAGAIMANAKAH CARA CEGAH PINTASAN TRANSMISI?


Justeru Hack mengesyorkan pemilik kenderaan supaya memarkir kenderaan dalam kawasan tertutup seperti garaj berkunci pada waktu malam. Bagi pemilik tiada garaj, Holmstoel pula mencadangkan kereta diparkir di tempat terbuka dan mudah dilihat, contohnya bawah lampu jalan.

Kebiasaannya, penjenayah tidak suka kawasan bercahaya terang dan lebih mudah dilihat (orang ramai).”

Pemilik juga perlu memastikan kenderaan dapat dilihat atau mudah didengar apabila butang kunci ditekan, bergantung kepada tetapan sistem keselamatan kenderaan.

Jika tiada (kerdipan lampu atau bunyi), ada kemungkinan penjenayah sudah menyekat signal fob kunci hingga menyebabkan pintu kenderaan tidak dikunci tanpa sedar.

Jika kereta berbunyi dan lampu berkelip (ketika butang fob kunci ditekan), anda boleh yakin tiada teknologi digunakan untuk menghalang transmisi antara kunci dan kereta,” kata Holmstoel.

Hack juga mengesyorkan pemilik menyimpan fob kunci di tempat selamat seperti dalam kotak khas dan jauh dari tingkap cermin atau pintu rumah. Pesannya lagi, jangan gantung kunci kereta di belakang pintu rumah.

Ini dilakukan supaya signal kunci tidak dapat dialih ke tempat lain jika penjenayah berjalan dekat anda di lot parkir. Penjenayah juga akan berjalan sekitar koridor pangsapuri dan cuba memintas signal.

Pemilik juga boleh menambah baik sistem imobiliser dan menggunakan kunci stereng, tetapi masih tidak memberi jaminan 100 peratus terhadap keselamatan kenderaan.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Seberapa Pantas Babi Hutan Boleh Berlari?
BACA >>> #ApaNakBuat: Nak Simpan Kereta Jangka Masa Lama? Ikut 10 Tip Ini
BACA >>> #ApaNakBuat: Pedal Minyak Tersangkut Ketika Memandu, Tak Boleh Pandu Perlahan

SUMBER: TheStar

Related

512
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Curi Kenderaan, Keyless, Keyless Tak Selamat, Kunci Kawalan Jauh, Penghidup Tanpa Kunci (Keyless), Roda4, sindiket curi kenderaan, tahukah anda, Teknogi Keyless, Tip Elak Kereta Dicuri

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev