• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pengantin Baru Dirempuh Myvi: Bukan Rakam Gambar, Tapi Cuba Bantu Saga Kemalangan

Pengantin Baru Dirempuh Myvi: Bukan Rakam Gambar, Tapi Cuba Bantu Saga Kemalangan

November 11, 2021 By Farah Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NIAT baik seorang lelaki mahu membantu mangsa kemalangan berakhir tragedi pilu apabila dia maut dirempuh pemandu Perodua Myvi di Jalan Tun Hamzah, Melaka, semalam.

Lebih menyayat hati, mangsa, Syarurazi Kaharudin, 23, baru saja melangsungkan perkahwinan tidak sampai sebulan lalu.

BACA>>>> Axia Langgar Myvi Hilang Kawalan, Empat Maut, Cuma Bayi Lelaki Selamat
BACA>>>>Perodua Buka Tempahan Myvi (2022) Baharu, Harga Mula RM45.7k!

Dalam insiden kira-kira jam 9.20 pagi itu, Syarurazi awalnya cuba membantu pemandu Proton Saga terbabit kemalangan dari Ayer Keroh ke Duyong yang terbabas di bahu kiri jalan. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu dia dilanggar seorang wanita yang memandu Myvi.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Menurut polis, mangsa ke lokasi kemalangan awal untuk merakam gambar sebelum dilanggar Myvi. Siasatan awal juga mendapati pemandu Myvi dipercayai terlelap hingga menyebabkan kereta dinaikinya bersama seorang anak perempuan berusia lapan tahun terbabas dan melanggar mangsa.

Pemandu Myvi dan anaknya hanya mengalami kecederaan ringgan, manakala mangsa Saga yang terlibat kemalangan pertama tidak mengalami sebarang kecederaan.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Gejala Microsleep Ketika Memandu yang Anda Perlu Tahu

Bagaimanapun, salah seorang ahli keluarga mangsa menyangkal laporan media yang mangsa dilanggar ketika cuba merakam gambar kemalangan. Ahli keluarga mangsa, Sitah Aristha menjelaskan;

Tolonglah kalau nak buat berita ... jangan la main tulis. Mangsa bukan rakam atau mengambil gambar. Dia menolong orang yang pertama kemalangan selepas itu datang kereta Myvi dari jauh hentam adik ipar saya. Saksi adalah keluarga kami juga."

BACA>>>> Baling Batu Sebab Geram Kena Himpit Lori

SUMBER: Utusan

.

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: kemalangan, Kemalangan Melaka, Microsleep, Myvi, Pengantin Baru, Pengantin Baru Kemalangan, Perodua Myvi, Proton Saga

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev