HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) baru saja melancarkan naked bike middleweight Yamaha MT-09 (2022) yang tampil dengan rekabentuk terbaharu dan dilengkapkan ciri terkini pada harga RM54,998, tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran.
MT-09 (2022) baharu akan mula dijual di semua pengedar sah Yamaha Big Bike seluruh negara bermula hari ini, 11 November 2021. Berikut spesifikasi model tersebut:
BACA >>> Jepun Lancar Yamaha MT-09 ABS, SP ABS (2022), Harga Mula RM41.2k
BACA >>> Yamaha MT-25, R25 Versi Naik Taraf Sedang Diuji di Indonesia?
- Enjin 3-silinder selari CP3 889cc penyejukan cecair yang lebih ringan dengan teknologi pembakaran lebih efisyen.
- Menghasilkan kuasa 117hp (87.5kW) @ 10,000rpm dan tork 93Nm @ 7,000rpm (berbanding 114.5hp dan 88Nm untuk model lama).
- Frem lebih ringan untuk tunggangan lebih stabil di jalan lurus, pengendalian lebih tangkas dengan imbangan lebih baik.
- Sistem suspensi depan dan belakang boleh laras dari segi prabeban dan redaman (rebound).
- Rim dihasilkan melalui proses tempa putar (spin forging), iaitu rim paling ringan pernah dipasang pada model jalanan Yamaha, yang turut memberikan pengendalian lebih ringan.
- Pembaharuan paling ketara adalah dari segi elektronik menerusi komponen unit unjuran inersia (IMU) yang diadaptasi daripada superbike YZF-R1.
- IMU berfungsi mengukur data untuk sistem kawalan traksi (TCS), sistem kawalan gelincir (SCS), dan sistem kawalan angkat road depan (front wheel lift control system).
- Sistem Yamaha Chip Control - Throttle dengan Accelerator Position Sensor Grip untuk mengukur pergerakan terotel lebih tepat.
- Sistem Seamless Quick Shifter System (QSS) lebih lancar untuk mengawal kestabilan motosikal ketika menganjak turun gear.
- Semua sistem itu memberikan kawalan lebih tepat kepada penunggang atas apa jua permukaan dan keadaan cuaca.
- Panel meter TFT 3.5 inci dengan meter RPM yang boleh bertukar warna mengikut rev enjin.
- Rekaan lampu depan baharu dengan ciri lampu belakang LED bentuk 'Y'.
- Lampu LED depan B-Functional menghasilkan lampu yang lembut dan limpahan suluhan sekata.
- Kapasiti tangki minyak 14 liter.
- Berat basah 189kg (191kg untuk model terdahulu).
- Ada dua warna: Icon Blue dan Storm Fluo.
Menurut HLYM, 300 pembeli pertama akan menerima beg kunci Big Bike Key Pouch yang dibuat khas Royal Selangor. Pembeli juga menerima kunci cakera brek. Selain itu, ada juga pakaian khas ditawarkan kepada pemilik dan peminat MT-09 (2022) yang dapat dibeli menerusi kedai atas talian GenBlu.
Leave a Reply