• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hafizh Syahrin Debut WorldSBK 2022 Bersama Honda?

Hafizh Syahrin Debut WorldSBK 2022 Bersama Honda?

November 10, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BARU-baru ini, pelumba Sepanyol, Iker Lecuona disahkan meninggalkan kelas premier MotoGP  dan beralih kepada Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) 2022.

Nampaknya ada mantan pelumba kelas premier akan mengikuti jejak sama dan beliau ialah Hafizh Syahrin!

Hafizh ialah pelumba pertama dan satu-satunya dari negara Asean yang bersaing dalam Kejuaraan Dunia MotoGP. Ada laporan menyatakan beliau mengikut langkah Lecuona menerima tawaran Honda untuk menyertai pasukan MIE Racing Honda, musim depan.

BACA >>> Hafizh Syahrin: Sukar Tapi Terpaksa, Selamat Tinggal MotoGP
BACA >>> Darryn Binder Sertai Pasukan RNF MotoGP Musim Depan, Yamaha Bekal Jentera YZF-M1

Jika diambil kira rakan pasukan Lecuona, iaitu Xavi Vierge, pasukan HRC Honda nampaknya ada tiga pelumba MotoGP beralih ke WorldSBK tahun depan.


Hafizh banyak mencipta kejutan termasuk pilihan yang tidak dijangka ketika debut MotoGP 2018 apabila menggantikan Jonas Folger dalam pasukan Tech3 Yamaha, saat akhir.

Walaupun berdepan masa cukup singkat, Hafizh membuktikan dirinya dalam saingan dengan empat kali muncul dalam senarai 10 terbaik, dan selangkah di depan pelumba baharu seperti Takaaki Nakagami, Thomas Luthi dan Xavier Simeon.

Hafizh memperbaharui kontrak dengan Tech3 pada 2019, tetapi kali ini dengan jentera KTM. Bagaimanapun, pelumba negara itu mengalami kesukaran mempamerkan prestasi terbaik dengan jentera KTM berbanding rakan pasukan, Miguel Oliveira.

BACA >>> WorldSBK: Bautista Rujuk Semula Ducati Musim Depan
BACA >>> Juara WorldSBK 6 Kali, Rea Lulus Lesen Motor


Musim 2020 menyaksikan Hafizh dilepaskan kembali ke Moto2 dan beliau mencatat tiga kemenangan podium untuk pasukan dari Belanda, NTS RW Racing GP. Bagaimanapun aksi beliau tidak begitu menyerlah dalam kempen saingan musim ini.

Musim depan, Hafizh dikhabarkan akan bersama pasukan satelit Honda dan menggunakan jentera CBR1000RR-R?

BACA >>> Malaysia Pertama di Asia Dapat Honda CBR1000RR-R Fireblade SP, Harga RM199k!
BACA >>> Ujian Pramusim WSBK 2020: Honda CBR1000RR-R SP Paling Pantas
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Bajet Tahan Lebih Lama Berbanding Tayar Prestasi?

SUMBER: VisorDown

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Hafizh Syahrin, IKER Lecuona, Jonas Folger, Miguel Oliveira, MotoGP, NTS RW Racing GP, roda2, World SBK, WSBK 2022, Xavi Vierge

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev