• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pomen 'Ngelat' Siapkan Wira Tukar Evo, Lepas Tular, Tiba-Tiba Ahad Ini Siap!

Pomen 'Ngelat' Siapkan Wira Tukar Evo, Lepas Tular, Tiba-Tiba Ahad Ini Siap!

November 10, 2021 By Shawkath Leave a Comment

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG gadis meluahkan rasa kecewa apabila kereta Proton Wira miliknya yang dihantar ke sebuah bengkel untuk dibaiki dan naik taraf 'dikerjakan' hingga hampir tinggal rangka.

Klip video dimuat naik akaun TikTok milik @ain_jeman menunjukkan keretanya yang sudah dileraikan dan dibalut kanvas biru.

BACA >>> #ApaNakBuat: Apakah Langkah Keselamatan Perlu Pemilik Bengkel, Mekanik Patuh?
BACA >>> JPJ: Pemilik Bengkel Pun Boleh Kena Tindakan Kalau Setuju Ubah Suai Motosikal Pelanggan

@ain_jemanSedih lagi banyak dari marah 🥲 banyak kenangan dengan kereta ni 🥲 orang jb tolong ainnn pleasee 🙏🏻🙏🏻🙏🏻 ##viralvideo ##fypシ ##fypage♬ Sedih - Instrumental - Asraf Studio

Menurut Ain, keretanya itu dihantar ke sebuah bengkel di Johor selepas mengalami masalah bateri mati ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac tahun lalu. Disebabkan kereta sudah berada di bengkel, dia menyatakan hasrat menaik taraf Wira tersebut kepada Evo (Mitsubishi)

Ain juga sudah menyatakan sudah membayar sebanyak RM12,000 yang dibuat secara ansuran. Bagaimanapun, apabila meminta dihantarkan gambar terkini proses baik pulih keretanya, mekanik bengkel tersebut kerap mengelak. Kata mekanik itu, dia tidak suka ambil gambar atau video kerana menganggap pelanggan tidak suka hasil kerjanya.

Mekanik itu juga kerap mengelak dengan memberikan pelbagai alasan apabila Ain mahu pergi ke bengkel untuk melihat keretanya.

@ain_jemanReply to @zaharulnizam1 yang tanya pasal bengkel tu.. nanti saya pergi lagi bengkel orang tu tunjuk jalan ke bengkel tu 🙏🏻##fypage ##fyp ##tolongbantu♬ original sound - 🌟

Dek curiga, gadis itu kemudian mengajak beberapa rakan ke bengkel itu dan terkejut melihat kereta dalam keadaan mengecewakan dengan semua komponen kabin dileraikan. Klip video itu tular selepas dimuat naik di media sosial dua hari lalu. Semalam, pemilik akaun @ain_jeman berkongsi perkembangan kes keretanya menerusi klip video kedua.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tukar Warna Kereta? Bagaimanakah Cara Daftar JPJ?

Klip video yang memaparkan perbualan WhatsApp menunjukkan mesej yang menyatakan kereta itu boleh diambil pada Sabtu atau Ahad ini. Ini perkongsian klip kedua:

@ain_jemanAnyone tahu pasal wira? nak follow sabtu ni tengokkan kereta tak? ##fyp ##fypage ##viral♬ Super nova 9 - Kings Chapple-Wilson

Ramai netizen menyatakan simpati terhadap nasib gadis itu, dan beberapa individu menyatakan kesediaan membantunya.

Pandangan kami, apa berlaku mungkin disebabkan salah faham, dan ketidaktelusan mekanik untuk menjelaskan situasi dan proses kerja yang sedang dibuat. Apapun, semoga semua perkara antara kedua-dua pihak dapat diselesaikan dengan cara baik.

BACA >>> #ApaNakBuat: Mana Satu Lebih Berbaloi, Wrap atau Cat Kereta?
BACA >>> Belanda Perkenal Sistem Rekod Odometer Motosikal untuk Elak Pembeli Ditipu
BACA >>> Inilah Jawapan Balas Pemilik Axia Viral: Stereng Tiba-Tiba Locked Sebelum Saya Tekan Brek dan Terbabas!

SUMBER: TikTok

Related

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ain_Jeman, Isu Bengkel, Pomen Ngelat, Proton Wira, Roda4, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev