• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Adakah Ini Wajah Sebenar Honda CR-V Generasi Keenam?

Adakah Ini Wajah Sebenar Honda CR-V Generasi Keenam?

November 9, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODEL generasi keenam Honda CR-V nampaknya menampilkan rekabentuk lebih sofistikated, matang dan menawan berbanding model sedia ada di pasaran kebanyakan negara.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) CR-V mula menjadi perhatian individu berkeluarga sejak pelancaran pada 1995 dan masih popular khususnya model generasi kelima.

Honda CR-V 2023 - 1
Honda CR-V 2023 - 0

Portal permotoran Carscoops, baru-baru ini berkongsi foto lakaran komputer CR-V (2023) berdasarkan imej model sama yang dirakam ketika sesi pandu uji.

Berdasarkan foto, CR-V generasi keenam diperhalusi dengan gaya sport dan rekabentuk dinamik menerusi penggunaan gril baharu serta lampu utama matriks LED. Juga ada perubahan minimum pada bonet dan fender.

BACA >>> Honda CR-V (2020) Facelift Lancar di Malaysia dengan Varian Baharu Harga RM162k
BACA >>> Penunggang Ducati Panigale Maut Rempuh Honda CR-V Buat Pusingan U

2023-Honda-CR-V-Scoop-10
2023-Honda-CR-V-Scoop-17

Dimensi CR-V (2023) lebih besar berbanding model semasa dengan panjang 4,623mm, lebar 1,855mm, dan tinggi 1,690mm, manakala jarak roda 2,660mm.

SUV itu juga menawarkan ruang kabin lebih selesa dengan rekaan minimalis dan mungkin menawarkan varian 7-kerusi dengan tiga baris tempat duduk. CR-V generasi semasa berkonsep 5+2 tempat duduk.

BACA >>> #TahukahAnda: Seberapa Pantas Suhu Luar Panaskan Kabin Kereta?
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Penapis Kabin yang Perlu Anda Tahu

Unit infotainmen kini lebih besar dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto, pengecasan wayarles dan paparan menerusi WiFi.

Pada September lalu, Honda mengesahkan menjalin kerjasama dengan Google untuk integrasi beberapa aplikasi menjelang tahun depan di Amerika Utara seperti Google Voice Assistant, Google Maps dan Google Play.
CR-V serba baharu nanti bakal menawarkan:

  • Kunci digital
  • Teknologi keselamatan terkini seperti Bantuan Kekal Lorong (LKA), Kawalan Jelajah, Pengecaman Tanda Jalan (TCR) dan Brek Kecemasan Automatik (AEB).
  • Ada dua varian hibrid, plug-in hybrid (PHEV) untuk bersaing dengan Toyota RAV4 Prime dan Ford Escape PHEV, dan trenkuasa 4-silinder petrol 1.5L dengan motor elektrik berkuasa 212hp.
  • Transmisi jenis e-CVT.
  • Varian petrol menggunakan enjin 4-silinder sebaris 1.5L dengan transmisi CVT dalam sistem pacuan roda depan (FWD) atau semua roda (AWD).

Pengeluaran dijangka bermula dalam tempoh enam bulan lagi dan penghantaran akan dibuat seawal pertengahan 2022. Harga dianggarkan bermula AS$25,750 (RM106,910) hingga AS$36,750 (RM152,590).

BACA >>> Kajian: 7 Sebab Kenapa Pasangan, Keluarga Kerap Bertengkar dalam Kereta
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Betul Cuci Stereng Kereta Ikut Jenis Material
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Cuci Kabin Kereta untuk Hapus Kuman Covid-19
BACA >>> Honda Malaysia Perkenal City V-Sensing dengan Pakej Honda Sensing, Harga RM90k!

SUMBER: Zing

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Honda CR-V 2023, Honda CR-V Generasi Ke-6, Honda Japan, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, SUV Honda CR-V

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev