• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Buka Tempahan Myvi (2022) Baharu, Harga Mula RM45.7k!

Perodua Buka Tempahan Myvi (2022) Baharu, Harga Mula RM45.7k!

November 9, 2021 By Shawkath Leave a Comment

2.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA hari ini membuka tempahan model popular, Myvi (2022) baharu menerusi laman web rasmi pengeluar itu dengan berkongsi satu foto acah yang mendedahkan bahagian sudut bampar depan dengan lampu LED vertikal.

Mungkinkah itu lampu siang (DRL) LED yang disepadukan bersama lampu kabus? Atau mungkin tambahan lampu belok seperti biasa ada pada model kereta mewah.

BACA >>> Aksi Perodua Myvi Bantu Tunda Lori Curi Perhatian Netizen

myvi baru 1
myvi baru

Lakaran bayangan Myvi baharu.

Hatchback subkompak itu khabarnya bakal menampilkan teknologi baharu yang menawarkan penjimatan bahan api dengan lebih akses dan kawalan kepada pemandu, selain sarat teknologi keselamatan pintar.

Julat harga Myvi (2022) baharu ini adalah serendah RM45,700 hingga RM58,800 (untuk Semenanjung Malaysia, tanpa insurans). Apa lagi patut anda tahu mengenai model kesukaan ramai ini?

BACA >>> Inilah Perodua Myvi Paling Mahal di Dunia, Harga Bermula RM197k!

  • Ada lima varian: 1.5L AV (Advance), 1.5L H, 1.5L X dan dua varian 1.3L G. Semua varian didatangkan dalam transmisi automatik. Perodua sebenarnya sudah menghentikan tawaran transmisi manual.
  • Varian AV, H dan X serta salah satu varian G akan dilengkapkan sistem Bantuan Pandu Pintar Perodua (Perodua Smart Drive Assist, PSDA) terkini sebagai ciri keselamatan buat pemandu dan pejalan kaki. 
  • Ada enam warna menarik ditawarkan, termasuk satu warna baharu, Cranberry Red (merah pekat) bersama warna lain seperti Electric Blue (biru), Granite Grey (kelabu), Lava Red (merah terang), Glittering Silver (perak) dan Ivory White (putih).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata;

Penambahbaikan ini mewakili usaha kami dalam memenuhi jangkaan pelanggan kami yang semakin meningkat dan pada masa sama menawarkan nilai lebih hebat dengan memperkenalkan standard terkini untuk model paling diterima di Malaysia, Perodua Myvi.

“Kami juga meningkatkan kecekapan bahan api Myvi Baharu ini kepada 22.2km per liter (diuji pada varian 1.3L), berbanding 21.1km per liter sebelum ini.”

BACA >>> #TahukahAnda: Warna Minyak, Bendalir Boleh Tentukan Jenis Kebocoran Kereta
BACA >>> #ApaNakBuat: Mana Satu Lebih Berbaloi, Wrap atau Cat Kereta?

Related

2.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Datuk Zainal Abidin Ahmad, King, Myvi - The Next Standard, Perodua Myvi All New, Perodua Myvi baharu 2021, Perodua Smart Drive Assist (PSDA), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev