• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Siapa Cakap Bazir? Tukar Vellfire Dapat Jimat RM2.80!

Siapa Cakap Bazir? Tukar Vellfire Dapat Jimat RM2.80!

November 9, 2021 By Farah Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KONTROVERSI mengenai Toyota Vellfire 2.5L yang dijadikan kenderaan rasmi untuk kegunaan menteri Kerajaan Persekutuan bagi menggantikan Proton Perdana 2.4 Premium hangat diperkatakan kebelakangan ini.

Terbaharu, Kementerian Kewangan mendedahkan perbezaan lebihan kos bulanan sebanyak RM2.80 berbanding Proton Perdana 2.4 Premium adalah antara faktor Kenderaan Rasmi  Jawatan (KRJ) itu ditukar kepada model Vellfire 2.5L.

BACA >>> Kos Sewa, Selenggara Toyota Vellfire Menteri Malaysia Cecah RM5,759 Sebulan
BACA >>> Toyota Hilux, Vellfire Paling Banyak Dicuri Sepanjang 2015-2019

Perkara itu dijelaskan Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan mengenai keputusan menukar KRJ adalah dibuat dengan mengambil kira kos sewaan bulanan lebih rendah.

Kos sewaan setiap bulan bagi model Toyota itu ialah RM4,851.61 berbanding untuk Proton pula RM4,854.41,” kata Kementerian berkenaan dalam satu kenyataan akhbar pada 7 November.

Selain itu, keputusan menggunakan Toyota Vellfire 2.5L untuk Menteri-Menteri Persekutuan juga adalah agi menggantikan Perdana 2.4 Premium yang ditamatkan pengeluaran pada 2014.

Kementerian Kewangan turut memaklumkan usia KRJ sebelum digantikan sudah mencecah enam tahun sedangkan mengikut jadual sepatutnya ditukar setiap empat tahun sekali.


Isu penukaran menjadi panas selepas mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengulas hal tersebut di akaun media sosialnya.

Pada masa sama, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz minggu lalu mengesahkan proses menukar KRJ sudah bermula sejak April tahun ini dengan jumlah perbelanjaan RM1.42 juta setakat September lalu.

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: kenderaan rasmi menteri, Kereta Vellfire, menteri malaysia, Proton, Proton Perdana

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

#PanduUji GAC Emkoo, SUV Futuristik Dari RM120K

JENAMA automotif China, GAC Motor, baru sahaja memperkenalkan SUV … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev