MITSUBISHI Motors Indonesia (Mitsubishi Indonesia) semalam melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Xpander (2022) edisi dipertingkat (facelift) baharu untuk pasaran negara itu, tetapi tiada maklumat harga didedahkan setakat ini.
MPV itu didatangkan dalam dua varian, iaitu Xpander dan Xpander Cross dengan masing-masing menerima perubahan luaran dan dalaman, termasuk sistem trenkuasa.
Berikut perincian Xpander (2022) facelift:
BACA >>> Belum Masa Lancar Mitsubishi Lancer Evo Baharu
BACA >>> Kajian: Kenderaan Besar Lebih Selamat untuk Pemandu Baharu dan Remaja
REKABENTUK
- Rekabentuk kini lebih agresif dan menawan berbanding model terdahulu. Perubahan paling ketara, gril Dynamic Shied kini lebih menyerlah.
- Lampu depan bentuk abjad T (melintang) menggunakan mentol LED penuh dengan lampu siang (DRL). Lampu kabus masih mentol halogen. Bentuk huruf T juga diaplikasi pada unit lampu belakang LED.
- Rim 17 inci kini menampilkan rekabentuk dwi-tona baharu, manakala jarak lega bumi Xpander ditambah 15mm kepada 220mm.
- Garis badan menyerlah profil tegap dan tiada lagi aksen ekzos palsu digunakan.
- Papan pemuka kini lebih sporty dengan rekaan koncol kluster instrumen yang lebih bersegi.
- Bentuk stereng diubah.
- Papan pemuka menggunakan balutan material kulit lembut berwarna coklat cair (beige) dengan menerima kemasan kayu, termasuk pada panel pintu.
- Varian Xpander Cross menerima perubahan luaran minimum, tetapi ruang kabin sama seperti varian standard, kecuali tambahan unit infotainment 9 inci, material kerusi berwarna hitam biru.
- Varian Xpander mendapat unit infotainment 8 inci, sistem penyaman udara digital, brek parkir elektrik (EPB) dengan fungsi pegun automatik (HHA), sistem henti mula(start-stop), port pengecas jenis Type-A dan Type-C pada baris kerusi kedua, dan sensor pengunci pintu apabila kenderaan bergerak.
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Servis Sensor dan Kamera Parkir Kereta?
BACA >>> Lelaki Ini Ambil Masa 8 Minit untuk Parkir Kereta
TRENKUASA
- Masih menggunakan enjin sama (kod 4A91) jenis 4-silinder sebaris 16-injap 1.5L MIVEC DOHC, tetapi kini dibekalkan transmisi jenis automatik CVT untuk tukaran gear lebih lancar. Xpander Cross juga menerima sistem trenkuasa sama.
- Output kuasa 103hp @ 6,000rpm, dan tork 141Nm @ 4,000rpm.
BACA >>> #FaktaAtauAuta: Betul Ke Transmisi CVT Teruk Sangat?
BACA >>> Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
KESIMPULAN
- Rekabentuk Xpander (2022) facelift nampak lebih sofistikated pada rupa depan dengan bahagian belakang lebih kemas yang dibantu beberapa garis badan tajam.
- Xpander Cross nampak seperti varian Xpander Cross Black Edition, kecuali ada pelapik (cladding) fender yang lebih minimalis, manakala ruang kabin lebih menawan.
- Harga Xpander Cross (2022) facelift akan diumumkan pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo (GIIAS) 2021.
BACA >>> Mitsubishi Xpander Limited Edition (2021) Lancar Di Vietnam, Harga Mula RM115k!
BACA >>> Jualan Mitsubishi Malaysia Terus Naik Sepanjang April 2021, Xpander Paling Laris
BACA >>> Mitsubishi No 3 dalam Kajian Kualiti Awalan JD Power di Amerika!
SUMBER: AutoNetMagz
Leave a Reply