• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / MOTO: Vespa Primavera (2014) - RM11,888

MOTO: Vespa Primavera (2014) - RM11,888

September 18, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Models posing with Vespa Primavera_1NAZA Premira Sdn Bhd, pengedar tunggal Vespa di Malaysia sekali lagi mempertaruhkan model Vespa terbaharunya, Vespa Primavera yang dijual pada harga RM11,888.

Biarpun terpaksa menunggu masa agak lama untuk menembusi pasaran, namun ia tidak menjadi penghalang buat penggemar skuter tempatan yang boleh dijadikan sebagai koleksi berharga.

Primavera_ Rosso Gragon (Red) 001Primavera_ Rosso Gragon (Red) 002          Primavera_Azzurro Marichiano (Light Blue) 005

Sebenarnya, Vespa bukanlah asing di negara ini. Ia pernah muncul dalam dua filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, iaitu Ali Baba Bujang Lapok dan Nasib Do Re Mi. Malah filem romantik komedi, Istanbul Aku Datang turut memaparkan lagak selamba pelakon Beto Khusyairi yang menunggang Vespa bersama heroinnya, Lisa Surihani memang mencuit hati.

Mengimbas kembali perihal Vespa Primavera yang mula diperkenalkan pada 1968, ia kini menjadi antara model paling diingati dalam sejarah Vespa. Malah jentera ikonik Itali itu pantas mencuri dan memikat penggemar skuter yang menjadi lambang fesyen dan gaya hidup masa kini.

REKAAN KLASIK

Masih lagi mengekalkan gaya rekaan klasik, Vespa Primavera turut hadir dengan penampilan inovatif, kemas dan dinamik selain kehadiran teknologi terkini Piaggio. Primavera turut memberikan prestasi mengagumkan dengan menawarkan kecekapan bahan api dan menjadikannya sesuai ditunggang terutamnya di kawasan urban.

Diimport sepenuhnya (CBU) dari Vietnam, Primavera menampilkan unit enjin  4-lejang silinder tunggal bersesaran 155cc. Hasil bantuan sistem pancitan bahan api, ia mampu menghasilkan kuasa maksimum sebanyak 11.7hp dan tork 12Nm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT untuk menawarkan tunggangan yang lancar.

Primavera_Monte Bianco (White) 021Primavera_Monte Bianco (White) 009   Primavera_Monte Bianco (White) 013Mengikut data diperolehi, model ikonik ini mampu mencatatkan kelajuan maksimum 120kmj. Dengan isian penuh tangki dengan menggunakan RON97, pengguna hanya perlu berbelanja sekitar RM20 dengan jarak perjalanan yang mampu dicapai adalah 200km.

Primavera menawarkan empat pilihan menarik buat pengguna iaitu osso Gragon (Merah), Monte Bianco (Putih), Nera Vulcano (Hitam) and Azzurro Marichiano (Biru). Lebih menarik, ia hadir dengan jaminan selama setahun atau 10,000km perbatuan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 888, Model Ikonik Itali, NAZA Premira Sdn Bhd, Vespa, Vespa CBU Vietnam, Vespa Primavera, Vespa Primavera RM11

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev