HYUNDAI-Sime Darby Motors (HSDM) mengesahkan model Kona versi elektrik akan dilancarkan pada bulan ini menandakan kenderaan elektrik (EV) pertama jenama Hyundai tiba ke pasaran Malaysia.
Ada dua varian Kona Electric bakal ditawarkan dengan trenkuasa berbeza iaitu versi jarak panjang beserta pek bateri 64kWh yang menawarkan pemanduan maksimum sejauh 484km.
Varian kedua pula merupakan versi aras mula yang dilengkapi bateri 39.2kWh dan menawarkan jarak pemanduan sehingga 305km (WLTP) dengan setiap kali cas.
Harga anggaran dijangka serendah RM150,000 untuk varian aras mula dengan pengecualian duti import dan eksais seperti diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022.
BACA >>> Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!
BACA >>> Hyundai Kona Electric (2021) Facelift Lancar di Australia, Harga Mula RM195k
Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung berkata:
“Dengan pengumuman pengecualian duit import dan eksais, kami meramalkan peningkatan minat terhadap EV di Malaysia. Ketibaan Kona Electric adalah tepat pada masanya kerana ia memberi konsumer lebih banyak peluang untuk memiliki kenderaan mesra alam.”
Berikut ialah perinciannya:
- Kedua-dua varian Kona Electric menggunakan seunit motor elektrik yang menawarkan kuasa 201hp (150kW) dan tork 395Nm secara serta-merta. Pecutan ke 100kmj mengambil masa 7.9 saat.
- Bateri jenis litium ion boleh dicas dari kadar 10 peratus hingga 80 peratus dalam tempoh kira-kira 47 minit, menggunakan alat pengecas pantas (DC) 100kW.
- Kona Electric ada opsyen 11kW fasa tiga pengecas dan membolehkan pemilik mengecas menggunakan stesen pengecas awam AC atau kotak pengecas yang dipasang di rumah.
- Pemandu juga da opsyen mengecas kenderaan EV mereka menggunakan soket kuasa bersesuaian dengan kabel ICCB.
- EV Kona itu hadir dengan bampar baharu, lampu depan, rekaan rim dan warna lebih menarik yang menyerlahkan karakter sofistikated Kona Electric.
- Cladding di sekeliling EV itu kini disamakan warna dengan badan kereta, sekali gus menampakkannya lebih lebar dan rendah.
- Ada tambahan papan skid berbentuk abjad U dan rekaan lampu siang (DRL) baharu untuk menambah baik imej Kona.
- Ruang dalaman memaparkan susun atur horizontal dengan latar pencahayaan suasana baharu di ruang kaki.
Tempahan untuk Kona Electric sudah dibuka dan boleh dibuat menerusi platform pembelian atas talian Hyundai iaitu: Click To Buy.
Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian khidmat pelanggan Hyundai di 1-300-13-2000, laman web Hyundai atau Facebook Hyundai Malaysia.
BACA >>> #PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!
BACA >>> Nissan Qashqai (2021) Lancar, SUV Segmen-C yang Kemas, Bergaya!
BACA >>> Kajian: 7 Sebab Kenapa Pasangan, Keluarga Kerap Bertengkar dalam Kereta
BACA >>> Abang Gan, Rhys William Naik Volkswagen Tiguan Pergi Makan Belut!
Leave a Reply