• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kos Sewa, Selenggara Toyota Vellfire Menteri Malaysia Cecah RM5,759 Sebulan

Kos Sewa, Selenggara Toyota Vellfire Menteri Malaysia Cecah RM5,759 Sebulan

November 4, 2021 By Han Othman Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUNGKIN ada tidak tahu, Kerajaan sudah menggantikan Proton Perdana kepada Toyota Vellfire 2.5L sebagai kenderaan rasmi menteri bermula April tahun ini.

Terkini, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Zin bertanyakan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz di Parlimen mengenai kos pajakan kenderaan poelbagai guna (MPV) mewah itu. Semua sedia maklum, Spanco ialah rakan konsesi yang sudah lama menjadi pembekal dan menguruskan aset kenderaan Kerajaan.

Menjawab pertanyaan Tze Zin, Zafrul berkata, jumlah setiap unit Vellfire mencecah setinggi RM5,759 sebulan, iaitu RM4,852 untuk pajakan dan RM908 kos penyenggaraan. Setakat September 2021, Kerajaan sudah membelanjakan RM1.42 juta kepada syarikat konsesi itu.

Selain Vellfire, Spanco turut membekalkan kenderaan utiliti sukan (SUV), Proton X70 kepada pegawai Kerajaan. Syarikat itu mendapat kontrak sejak 1994.

Awal tahun lalu, konsortium Naza-Berjaya dilaporkan memeterai perjanjian baharu dengan Pakatan Harapan (PH), tetapi status selepas itu tidak diketahui susulan tumbangnya Kerajaan diketuai mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Kos Toyota Vellfire 2.5L Menteri, Toyota Vellfire 2.5L

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev