UMW Toyota Motor (UMWT) membuka tempahan Toyota Corolla Cross Hybrid, iaitu varian baharu yang dijana teknologi hibrid elektrik (HEV) dalam famili Corolla Cross dan dikeluarkan secara pemasangan tempatan (CKD) pertama di Malaysia.
Model baharu itu ditawarkan pada harga anggaran bermula serendah RM137,000. Selain Corolla Cross Hybrid, ada dua pilihan varian lain disediakan, Corolla Cross 1.8V dan 1.8G, juga secara CKD.
Corolla Cross mula dijual di Malaysia sebagai model import (CBU) dari Thailand. Namun kini, ketiga-tiga varian itu dipasang di kilang ASSB di Bukit Raja, Selangor.
BACA >>> 5 Perkara Toyota Corolla Cross (2021) Perlu Anda Tahu, Kini di Malaysia, Harga Mula RM124k
VARIAN DAN HARGA
Berikut harga Corolla Cross mengikut varian:
- Corolla Cross 1.8 Hybrid - RM137,000
- Corolla Cross 1.8V - RM129,000
- Corolla Cross 1.8G - RM123,000
* Harga adalah anggaran, termasuk cukai jualan, tanpa insurans.
WARNA
Ada lima warna pilihan: Kelabu Celestite Metalik (Corolla Cross Hybrid sahaja), Putih Mutiara Platinum, Merah Mika Metalik, Biru Nebula Metalik dan Perak Metalik.
TRENKUASA
Corolla Cross Hybrid
- Dijana Sistem Elektrik Hibrid Toyota generasi keempat.
- Mengguanakn trenkuasa petrol 1.8L dan motor elektrik dengan pengurusan komputer pintar untuk menentukan pacuan kuasa mengikut pemanduan.
- Enjin petrol lebih banyak digunakan untuk pecutan pantas, manakala motor elektrik banyak digunakan ketika kenderaan mula bergerak.
- Dalam kondisi tertentu, kereta boleh dipandu menggunakan kuasa elektrik penuh.
- Output kuasa trenkuasa petrol ialah 96.6hp @ 5,200rpm dan tork 142Nm @ 3,600 rpm. Motor elektrik pula menghasilkan kuasa 53kW (bersamaan 71hp) dan tork 163Nm.
- Transmisi menggunakan sistem E-CVT dengan 4 mod pandu: Sport, Eco, Normal dan EV.
Corolla Cross 1.8V dan 1.8G
- Trenkuasa petrol 16-injap 1.8L DOHC dengan teknologi injap variabel Dual VVT-i berkuasa 137hp @ 6,400rpm dan tork 172Nm @ 4,000rpm.
- Terotel dikawal secara elektronik untuk pemanduan responsif, lancar dan senyap. Menggunakan transmisi automatik CVT jenis sekuensial Sequential Shiftmatic 7-kelajuan dengan opsyen tukaran gear manual.
BACA >>> 10 Fakta Pantas: Toyota Corolla Cross (2020) Debut Global di Thailand, Harga RM132k
PLATFORM TNGA
- Corolla Cross memanfaatkan platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) yang menawarkan struktur badan, rekabentuk dan kejuruteraan yang lebih fleksibel.
- Pusat graviti rendah meningkatkan ekstra kestabilan, dan pada masa sama memberikan paras mata pemandu 121mm lebih tinggi berbanding Corolla sedan.
- Jarak lega bumi lebih tinggi, 161mm, selari imej dan fungsi sebuah SUV, manakala radius pusingan 5.2 meter.
BACA >>> 5 Perkara Menarik Toyota Corolla Cross yang Mungkin Anda Tidak Tahu
REKABENTUK
- Seperti Corolla Cross 1.8V, varian 1.8G juga ada lampu depan Bi-LED, termasuk lampu siang (DRL) LED dalam rekaan Light Curtain.
- Rel bumbung disertakan untuk gaya sporty dan lasak.
- Bumbung lebih tinggi untuk ruang lebih luas berbanding pesaing SUV lain dalam kelas sama.
- Varian 1.8V ada fungsi paparan cahaya LED di pintu depan, pemegang cawan dan ruang talam.
- Kerusi pemandu jensi boleh laras elektrik 8-tetapan. Kerusi belakang boleh diturunkan 6º dan dilipat untuk meningkatkan kapasiti but daripada saiz asal (440 liter).
- Pintu belakang automatik boleh dibuka menggunakan sensor kaki bawah bampar.
KABIN
- Ada unit infotainmen skrin sesentuh 9 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
- Ada dua port USB Type-C di belakang untuk mengecas peranti pintar. Pelanggan juga ada pilihan pad pengecas wayarles.
- Cermin varian petrol memiliki penebat bunyi lebih baik dan penyenyap dalam bonet.
- Ada ventilator udara untuk penumpang belakang.
TOYOTA SAFETY SENSE (TSS)
- Hanya Corolla Cross 1.8 V dan 1.8 Hybrid ada pakej keselamatan Toyota Safety Sense (TSS) 2.0.
- Sistem keselamatan TSS 2.0 terdiri daripada:
- Sistem Pra-Pelanggaran (PCS)..
- Amaran Keluar Lorong (LDA) dengan bantuan kendalian.
- Bantuan Jejak Lorong (LTA).
- Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC).
- Lampu Tinggi Automatik (AHB).
Pemantau Titik Buta (BSM) dengan Amaran Trafik Lintasan Belakang (RCTA). - Pemantau Pandangan Panoramik 3D.
- Kawalan Mula Pandu.
- Sistem Amaran Tekanan Angin (TPWS).
- Perakam Video Pemanduan (DVR) di depan adalah ciri standard. Pelanggan juga boleh memilih tambahan DVR di belakang.
- Ada tujuh beg udara SRS, termasuk lutut pemandu. Ada pautan ISOFIX dengan menambat kerusi kanak-kanak.
BACA >>> Teknologi Toyota Safety Sense (TSS) Terbukti Kurangkan Kadar Kemalangan
JAMINAN
- Corolla Cross diberi waranti kilang lima tahun tanpa had perbatuan.
- Pek bateri hibrid ada jaminan berasingan lapan tahun. Pelindungan adalah termasuk inverter dan Kawalan Pengurusan Kuasa (ECU).
- Pelanggan boleh pilih lanjutan perlindungan penuh selama dua tahun.
- UMWT juga memasang Sistem Telematik Kenderaan (VTS) untuk mengesan lokasi kenderaan dengan jaringan GPS/GSM.
BACA >>> Pintas Rekod Corolla Sedan, Corolla Cross Jadi Model Toyota Paling Laris Brazil
BACA >>> Ini Sebab Kenapa Sistem Hibrid Toyota Sesuai untuk Pasaran Malaysia
Leave a Reply