PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) melancarkan kempen untuk mengurangkan angka kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya kepada sekurang-kurangnya separuh menjelang 2030.
Langkah itu seiring visi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Ogos 2020 dalam pelan Dekad Tindakan untuk Keselamatan Jalan Raya (Action Decade for Road Safety).
BACA >>> Kajian: Penat Kerja Punca Banyak Kematian Jalan Raya Berbanding Memandu Bahaya?
Berdasarkan laporan WHO, lebih 50 juta orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya sejak automobil dicipta pada 1886. Laporan juga menyatakan:
- Lebih 3,500 nyawa setiap hari atau hampir 1.3 juta nyawa setiap tahun akibat kemalangan jalan raya.
- Jumlah mangsa cedera akibat nahas jalan raya setiap tahun mencecah kira-kira 50 juta orang.
- Kecederaan akibat kemalangan jalan raya menjadi punca utama kematian kanak-kanak dan golongan muda berusia 5-29 tahun.
BACA >>> Hyundai Bangunkan Sistem ROA untuk Elak Tertinggal Anak dalam Kereta
AJAK GUNA PENGANGKUTAN AWAM, BERBASIKAL
Pengarah Jabatan Penentu Kesihatan Sosial WHO, Etienne Krug berkata, kebanyakan kes kematian dan kecederaan dapat dielakkan, dan antara asas utama Pelan Global PBB adalah mengurangkan orang awam memandu dengan mengajak menggunakan pengangkutan lebih selamat seperti berbasikal, pengangkutan awam atau berjalan.
Beralih daripada (menggunakan) sistem pengangkutan kereta dengan lebih banyak berjalan, mengayuh basikal dan menggunakan pengangkutan awam. Bagi melaksanakannya, kita harus menjadikan ia selamat. Pelan itu juga mengesyorkan pembabitan lebih ramai orang muda.
“Seperti saya kata, kereta adalah penyebab utama kematian orang muda. Jadi, lebih baik beri mereka peranan lebih besar dalam membentuk gelombang pengangkutan baharu dan peranan lebih besar untuk sektor swasta.”
BACA >>> Penunggang Warga Emas Maut Langgar Pejalan Kaki Mabuk
BACA >>> Kemalangan Banyak Sangat Sebab Pemandu Tidak Pegang Stereng, Tesla Kena Siasat
LAMBAKAN KERETA TIDAK SELAMAT DARI NEGARA KAYA
Krug berkata lagi, sektor swasta penting kerana bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan kenderaan dihasilkan. Ini kerana punca ancaman utama adalah jumlah tinggi kenderaan terpakai dilambakkan ke negara membangun dari negara kaya.
Kereta terpakai gagal menepati standard keselamatan, sama ada dijual di pasaran tempatan atau diimport masuk dari negara lain yang tidak mahu (kenderaan tersebut). Jadi, kawal selia eksport import kereta terpakai adalah salah satu perkara amat penting untuk menambah baik keselamatan jalan raya,” kata Krug
Laporan program Alam Sekitar PBB tahun lalu menyatakan:
- Kira-kira 14 juta kereta lama, kualiti rendah dan mencemari alam sekitar dieksport keluar dari Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat antara 2015 dan 2018.
- 4/5 kereta itu dijual ke negara mundur dengan lebih separuh ke negara Afrika.
Jika keadaan tidak berubah, WHO mengingatkan kira-kira 13 juta kematian dengan 500 juta kecederaan akibat nahas jalan raya) mungkin berlaku dalam tempoh 10 tahun akan datang yang berpotensi berlaku di negara pendapatan rendah dan sederhana.
BACA >>> Penunggang Warga Emas Maut Langgar Pejalan Kaki Mabuk
BACA >>> Kajian: Mencelah, Guna Laluan Laju Punca Utama Kemalangan Motosikal Bawah 250cc
BACA >>> Fakta atau Auta: Benarkah Ekzos Bising Selamatkan Nyawa Penunggang?
BACA >>> #TahukahAnda: 6 Fakta Tentang Mengantuk Ketika Memandu yang Perlu Anda Tahu
SUMBER: OkeZone
Leave a Reply