KESESAKAN lalu lintas teruk sepanjang 7km awal pagi tadi dilaporkan berpunca daripada lori membawa muatan simen rosak di Kilometer 230.3 arah Selatan dari Cangkat Jering ke Kuala Kangsar.
Kejadian berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kira-kira jam 6 pagi. Lori itu terhenti hingga menyebabkan semua laluan dihalang, termasuk akses menggunakan laluan kecemasan di lokasi berkenaan.
BACA >>> Lebih 1 Juta Kenderaan Sehari Guna Lebuh Raya PLUS Apabila Rentas Negeri Dibenarkan
BACA >>> PLUS Buka Lagi 11 R&R, Hentian Sebelah untuk Dine-In
Berdasarkan foto tular, kepala lori simen itu berada di lorong kiri, dan badan pula melencong ke sebelah kanan. Ada pula sebuah lori berhenti di lorong kecemasan yang menyebabkan seluruh lalu tersekat.
Jurucakap PLUS berkata, laluan kontra dibuka di KM231.7 arah Utara bagi mengurangkan kesesakan. Aliran trafik kembali pulih sekitar jam 8.40 pagi tadi untuk kedua-dua laluan.
BACA >>> Kajian: 5 Situasi Atas Jalan yang Kerap Buat Penunggang Motosikal Kemalangan
BACA >>> Kajian: Semakin Sesak Jalan Raya, Semakin Tinggi Risiko Sakit Mental
BACA >>> #ApaNakBuat: 3 Tip Mudah Elak Jalan Raya Sesak
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Maksud Patung Tergantung di Bawah Bampar Belakang?
SUMBER: Bernama | PerakPress
Leave a Reply