• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menangi Pakej Percutian! Tourism, Petron Lancar Kempen ‘Jom Jalan-Jalan’

Menangi Pakej Percutian! Tourism, Petron Lancar Kempen ‘Jom Jalan-Jalan’

October 30, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

93
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS hampir sembilan bulan dilarang merentas negeri berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kerajaan akhirnya mengumumkan membuka sempadan negeri seluruh negara pada 11 Oktober lalu.

Sempena pembukaan semula aktiviti merentas negeri, pasti ramai yang tidak sabar merancang sama ada pulang ke kampung atau bercuti ke destinasi pelancongan popular.

Juster, sempena mempromosikan pelancongan domestik, Petron Malaysia dengan kerjasama Tourism Malaysia melancarkan kempen ‘Jom Jalan-Jalan’ yang berlangsung lima bulan bermula Oktober 2021 hingga Mac 2022.

Kempen itu bertujuan memberi ganjaran menarik kepada pelanggan Petron dengan menawarkan pakej percutian dan wang tunai untuk melancong dalam negara.

Kempen ‘Jom Jalan-Jalan’ dilancarkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri di Beach Bistro, Sunway Lagoon Theme Park, Subang Jaya, Rabu lalu. Beliau berkata;

Pakej pelancongan ini akan memberi peluang untuk menjalani pelbagai aktiviti rekreasi menarik seperti menikmati aktiviti taman tema, menghadiri kelas melukis batik dan berinteraksi dengan orang utan."

Pakej percutian itu terdiri daripada pakej 3 hari 2 malam yang menawarkan pelanggan peluang menikmati alam semula jadi di beberapa tapak glamping terbaik Malaysia melalui penginapan glamping, aktiviti rekreasi dan pengalaman kulinari menarik.

Seramai 1,156 pelanggan akan dipilih sebagai pemenang, terdiri daripada:

  • 56 pemenang Hadiah Utama: Pakej percutian bernilai RM20,000, wang tunai, dan tajaan petrol. Setiap pemenang ‘Hadiah Utama’ boleh membawa enam hingga 10 ahli keluarga atau rakan bersama dalam percutian tersebut.
  • 10 pemenang akan mendapat pakej percutian bernilai RM5,000, wang tunai, dan tajaan petrol bulanan bermula November 2021 hingga Mac 2022. Juga boleh membawa hingga empat ahli keluarga atau rakan-rakan.
  • 100 pemenang hadiah saguhati akan dipilih setiap bulan akan menerima baucar penginapan hotel VIP Pass 7 hari 6 malam bernilai RM2,000, wang tunai RM300 dan mata ganjaran PMiles bernilai RM300.
  • 1,000 pemenang mingguan menerima mata ganjaran PMiles bernilai RM200.

Peraduan terbuka kepada semua pemegang kad Petron Miles yang mendapat kemasukan automatik untuk pembelian bahan api terkumpul bernilai RM250 dalam tempoh sebulan untuk layak memenangi hadiah disediakan. Pelanggan hanya perlu meleretkan kad Petron Miles apabila membuat pembelian untuk menyertai pertandingan tersebut.

Maklumat lanjut boleh layari laman web www.petronmiles.com.my.

Related

93
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, jom jalan-jalan, Percutian Malaysia, Petron, Petron Malaysia, Tourism Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev