• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lifan Lancar Dua Varian KPM 150 Cafe Racer, Harga Mula RM7.7k

Lifan Lancar Dua Varian KPM 150 Cafe Racer, Harga Mula RM7.7k

October 28, 2021 By Shawkath Leave a Comment

552
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR motosikal China, Lifan melancarkan model terbaharu berkonsep Cafe Racer dengan rekabentuk cukup menarik untuk pasaran republik negara berkenaan.

Dipanggil Lifan KPM 150 Cafe Racer, model itu memaparkan gabungan gaya klasik dan ciri moden dan ditawarkan dalam dua varian

BACA >>> Lifan KPT400 - Model Advencer 'Pan China' dengan Harga RM19k!

Varian KPM 150 Cafe Racer standard berharga 11,980 yuan (RM7,770), manakala model sama dengan teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pula dijual pada harga 13,180 yuan (RM8,550). Berikut perinciannya:

  • Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 150cc dengan radiator sebagai medium penyejukan trenkuasa, menghasilkan kuasa 17.4hp @ 9,500rpm, dan tork 14.5Nm pada 7,500rpm. Kelajuan maksimum 95kmj.
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan. Ada laporan mendedahkan trenkuasa itu menawarkan jarak perjalanan kira-kira 40km per liter petrol.
Lifan KPM 150 Cafe Racer - 12
Lifan KPM 150 Cafe Racer - 13
  • Badan motosikal dipasang fairing separa tetapi sebahagian bahagian atas fork sengaja didedahkan. Berat motosikal 149kg.
  • Kapasiti tangki minyak 13 liter dengan sepasang tali pengikat. Mungkin untuk mengikat beg kecil ketika menunggang.
  • Rekabentuk motosikal bercirikan motosikal era 1970-an dengan lampu utama bulat LED dengan lampu siang (DRL) dan visor angin lut cahaya.

  • Lampu brek belakang bulat dan pelana jenis tunggal coklat. Panel sisi dengan aksen kuning melengkapkan liveri blok kuning hitam pada fairing depan.
  • Lampu signal belok depan dan belakang dipercayai jenis LED dan berbentuk seperti cangkuk.
  • Menggunakan rim aloi dan sistem brek cakera tunggal pada kedua-dua roda.

  • Sistem fork depan jenis terbalik (USD) dan monoshock di belakang.
  • Cermin sisi segi empat tidak tepat diikat pada hujung bar hendal.
Lifan KPM 150 Cafe Racer - 19
Lifan KPM 150 Cafe Racer - 18
Lifan KPM 150 Cafe Racer - 16
Lifan KPM 150 Cafe Racer - 15
  • Sistem ekzos sengaja mendedahkan batang paip dengan hasil kerja kimpalan dengan peredam krom berbentuk silinder.
  • Peg kak long perak yang diposisikan kebelakang. Mungkin lebih sesuai jika hadir dalam tona gelap.lll meter memberi paparan maklumat secara digital dan ada slot sambungan USB.

BACA >>> Expannia Cari Dana, Pelabur untuk Projek Kafe Racer Elektrik Masa Depan
BACA >>> Project Zero - Cafe Racer Elektrik Buatan Nepal, Boleh Tunggang 230km Sekali Cas
BACA >>> #BikinMotor: BMW K100 Cafe Racer - Warna Porsche 911 + Suspensi Suzuki GSX-R1000
BACA >>> Kawasaki Amerika Lancar Vulcan S Cafe (2022), Harga RM33k!

SUMBER: Min | GreatBiker

Related

552
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Cafe racer, Lifan, Lifan KPM 150 Cafe Racer, motosikal, Roda 2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev