• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / BAIC D20 Lancar Amaran Bahaya! - Harga Bermula RM45,000, Mampukah Cabar Myvi & Iriz?

BAIC D20 Lancar Amaran Bahaya! - Harga Bermula RM45,000, Mampukah Cabar Myvi & Iriz?

November 9, 2016 By Abang GYL 1 Comment

742
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BAIC D20PENCABAR segmen kompak, BAIC D20 bakal membuat kemunculan esok bersempena Malaysia Autoshow 2016 di Pusat Pameran dan Konvensyen Mines (MIECC).

Lebih hebat, Malaysia dipilih menjadi negara pertama yang memperkenalkan BAIC D20 versi pemanduan sebelah kanan (RHD).

Menerusi pengedar eksklusif jenama BAIC di Malaysia, Amber Dual Sdn Bhd optimis kehadiran BAIC D20 bakal mendapat sambutan menggalakkan di kalangan rakyat Malaysia selain harga jualan mampu milik.

Yang pasti, kemasukan BAIC D20 ke pasaran Malaysia bakal melontarkan amaran kepada segmen kompak lain selain memberi saingan hebat buat Proton Iriz dan Perodua Myvi.

BAIC D20
BAIC D20

HARGA BERMULA RM45,000

Buat masa ini, sebanyak 100 unit BAIC D20 versi diimport sepenuhnya (CBU) dari China akan dibawa masuk. PanduLaju turut dimaklumkan model kompak ini turut menerima pengiktirafan kenderaan cekap tenaga (EEV) dan bakal dijual pada harga bermula RM45,000 hingga RM55,000.

Jika benar, kami yakin BAIC D20 mampu memberi saingan hebat buat pesaing yang lain dengan syarat perkhidmatan selepas jualan perlu berada pada tahap terbaik.

BACA>>> Kereta Elektrik Paling Popular BAIC EV200 Bakal ‘Mengganas’ Di Malaysia

BAIC D20

DUA VARIAN

BAIC D20 akan ditawarkan dalam dua varian iaitu 1.5L hatchback Auto dan 1.5L hatchback Sports Version (bodykit).

Model kompak yang dibina berasaskan platform daripada Mitsubishi Colt itu dipadankan dengan enjin bersesaran 1.5L DOHC 4-silinder. Hasil bantuan kotak gear transmisi automatik 4-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 114hp dan tork puncak 148Nm.

Dari aspek penggunaan bahan api pula, BAIC D20 mencatatkan penggunaan 6L per 100km. Lebih menarik, D20 juga menepati piawaian spesifikasi Euro4 dan Euro5.

BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20

TIADA LAGI KUALITI MURAH

Bagi yang masih was-was dengan kualiti kenderaan buatan China, anda kini tidak lagi perlu risau kerana BAIC D20 dilengkapi pelbagai ciri-ciri berkualiti.

Untuk memastikan kualiti D20 setanding dengan jenama besar yang lain, ia dipasangkan dengan menggunakan teknologi terkini bertaraf antarabangsa yang terletak di Beijing, China.

BAIC D20

Ruang dalaman pula tampak ringkas dan padat. Ruangan audio dengan skrin sesentuh bersaiz 6.5 inci yang terletak pada bahagian tengah papan pemuka turut dilengkapi aplikasi GPS. Ia juga menempatkan kompartmen simpanan yang luas. Lebih menarik, D20 dipasangkan dengan bumbung panoramik.

Tim PanduLaju yang berkesempatan mengikuti trip Amber Dual Ke Beijing, China baru-baru ini turut berpeluang melihat BAIC D20 dengan lebih dekat dan terbukti ia berkualiti.

BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20

KESELAMATAN 5-BINTANG C-NCAP

Aspek keselamatan pula, D20 menerima pengiktirafan 5-bintang daripada C-NCAP. Ia memiliki beg udara hadapan dan sisi, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) serta ISOFIX. Jangan pandang leceh kereta buatan China okey…

GALERI BAIC D20

BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20
BAIC D20

Related

742
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Amber Dual Sdn Bhd, BAIC D20, beijing, d20, Kompak, Malaysia Autoshow 2016, Perodua Myvi, Proton Iriz

Comments

  1. azahar says

    March 16, 2017 at 12:31 PM

    yeke nie 45 ribu ???? kat mana kedai jual keta nie ? nk p tgk

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
    Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev