SERAMAI 43 pengunjung sebuah pusat hiburan di ibu negara dikenakan kompaun berjumlah RM235,000 dalam satu serbuan polis malam tadi.
Pengunjung terdiri daripada 27 lelaki dan 16 wanita. Kompaun dikeluarkan selepas didapati mereka melanggar prosedur operasi standard (SOP).
BACA >>> #SembangDeras: Hak Minum Arak Itu Macam Mana?
BACA >>> Kenapa Banyak Negara Larang Keras Memandu Mabuk?
BACA >>> Kajian: Pemandu Kurang Minum Air Sama Bahaya Macam Pemandu Mabuk
Serbuan dibuat pasukan polis Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Ketua JPJKK IPK Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Datuk Azman Ayob berkata, serbuan melibatkan seramai 21 pegawai dan anggota polis.
Pemeriksaan mendapati premis itu melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 2021 iaitu melakukan aktiviti terlarang dalam pub dan kelab malam semasa tempoh PPN Fasa 4 untuk Kuala Lumpur.
BACA >>> Pemandu Myvi Maut, Kereta Terbalik Langgar Pengadang Jalan, Disyaki Mabuk
“Polis mengeluarkan kompaun ke atas 43 pengunjung yang terdiri daripada 27 lelaki dan 16 wanita dengan nilai kompaun berjumlah RM235,000. Pemilik premis turut dikenakan kompaun bernilai RM25,000,” katanya,
Polis turut merampas sebanyak 431 botol pelbagai liquor (jenis bahan minuman beralkohol) dianggarkan bernilai RM220,500 susulan kesalahan bawah Seksyen 76 Akta Eksais 1967 dan rampasan itu boleh dilucut hak bawah Akta Kastam 1967.
BACA >>> Undang-Undang Jalan Raya Pelik Seluruh Dunia, dan Malaysia Turut Tersenarai...
BACA >>> Aksi Makcik Skuter Selamba Rempuh Mat Rempit
SUMBER: JPJKK Kuala Lumpur
Leave a Reply