
YAMAHA mengemaskini skuter maksi NMAX 155 (2022) baharu untuk pasaran Eropah tertentu dengan dijana enjin yang dibangunkan daripada sportbike aras mula, YZF-R15 V4.
Apa menarik tentang NMAX 155 (2022) versi Eropah ini?
BACA >>> #Tular: Yamaha XMAX 'Kena Angkut' Dengan Honda GL Pro
- Memperkenalkan perubahan minimal untuk tempil lebih sporty dan menarik.
 - Mendapat lampu utama LED baharu, dan perubahan ergonomik tunggangan menerusi bar hendal yang ditinggikan sedikit untuk memberikan keselesaan buat penunggang bertubuh tinggi, terutama ketika hendak membelok.
 - Kecekapan bahan api dipertingkat untuk jarak tunggangan lebih jauh hingga 300km bagi isian penuh tangki 7.1 liter.
 - Trenkuasa dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 155cc penyejukan cecair dengan teknologi injap variabel VVA.
 - Sama seperti Aerox 155 (Malaysia: NVX), NMAX 155 menghasilkan kuasa sekitar 15hp.
 - Dilengkapi teknologi moden seperti konektiviti Bluetooth yang menghubungkan telefon pintar dengan aplikasi motosikal untuk akses navigasi, jadual servis berkala dan aplikasi mobil.
 - Disediakan soket pengecas 12V.
 - NMAX 155 versi facelift ini pernah dikesan ditunggang uji di Indonesia pada 2019, dan kali terakhir diperkenalkan di Malaysia pada Mei tahun ini.
 - Bagaimanapun, NMAX itu masih tidak dilengkapkan teknologi moden seperti ABS, Kawalan Traksi dan aplikasi pintar Connect.
 
BACA >>> Yamaha NMAX 155 (2021) Ada Dua Warna Baharu, Masih Tiada Y-Connect, ABS, Kawalan Traksi
BACA >>> Yamaha Y16ZR Edisi Doxou Ini Cuma Ada 5,000 Unit Sahaja, Siap Dapat Sijil!
 
 
 
 
 
 
Leave a Reply