• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pahang Bakal Dapat Lapangan Terbang Antarabangsa Baharu!

Pahang Bakal Dapat Lapangan Terbang Antarabangsa Baharu!

October 25, 2021 By Han Othman Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN Pahang merancang membina sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu di Gebeng, Kuantan yang secara dasar sudah dipersetujui Majlis Perancangan Fizikal Negara.

Rancangan itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mana keputusan dibuat dalam mesyuarat Khamis lalu.

BACA >>> Litar Antarabangsa Langkawi Akan Jadi 'Nürburgring Timur'!

Menurutnya, Kerajaan Negeri diminta membuat kajian mendalam mengenai projek itu yang akan menjadi sebahagian rancangan Pahang mewujudkan bandar aeroangkasa di Gebeng menjelang 2050.

Wan Rosdy berkata;

Kita melihat ada keperluan membina lapangan terbang baharu kerana di Pantai Timur masih belum ada lapangan terbang antarabangsa dan ini dapat memberi kemudahan infrastruktur pengangkutan lebih baik, meningkatkan ekonomi dan sektor pelancongan.

"Ia juga dirancang mengambil kira faktor kita tidak boleh melakukan pembesaran di lapangan terbang sedia ada (Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah) kerana ia milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mungkin melibatkan faktor keselamatan."

Kerajaan Negeri mengemukakan 731 projek melalui pelbagai kementerian dengan jumlah kos keseluruhan RM50.571 bilion, dan 13 daripadanya diletakkan dalam senarai keutamaan.

BACA>>> Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) Bernilai RM6 Bilion Siap 2026
BACA>>> Tak Tahan Stres, Wanita Pandu Kereta Masuk Bangunan Lapangan Terbang

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Gebeng, Lapangan Terbang, Lapangan Terbang Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Gebeng

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my