• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Orang Malaysia Sudah Boleh Masuk Thailand 1 November Ini

Orang Malaysia Sudah Boleh Masuk Thailand 1 November Ini

October 25, 2021 By Wahid 1 Comment

283
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


THAILAND akan membuka sempadan negara itu pada 1 November ini kepada pengunjung dari 46 negara negara, termasuk Malaysia.

Thailand juga membenarkan pengunjung yang menerima dos vaksin penuh tidak perlu dikuarantin 10 hari di hotel. Selain Mlalaysia, negara lain dalam senarai dibenarkan mengunjungi negara itu ialah Australia, Kemboja, China, Hong Kong, Jepun, New Zealand, Arab Saudi, Singapura, Amerika Syarikat (AS) dan Britain.

BACA >>> Thailand Buka Tempahan Nissan GT-R T-Spec (2022), Harga RM1.5j

prayut-chan-o-cha-pm-thailand
lapangan-terbang-thailand

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha berkata, Bangkok asalnya hanya membenarkan pengunjung dari 10 negara saja sebelum memutuskan membuka sempadan kepada pengunjung dari 46 negara.

Kami harus bergerak pantas dan memulakannya sekarang kerana sudah sangat lambat jika kami menunggu keadaan jadi sempurna. Pelancong mungkin pergi ke negara lain."

Di bawah program tanpa kuarantin itu, pengunjung dengan dos vaksin penuh yang tiba melalui udara dan diuji negatif Covid-19 dibenarkan melawat semua daerah di Thailand. Bagaimanapun, dos vaksin diterima perlu melepasi sekurang-kurangnya 14 hari daripada dos kedua.

Ujian RT-PCR akan dijalankan sebaik saja pengunjung tiba di Thailand dan akan ditempatkan di sebuah hotel semalaman bagi menunggu keputusan ujian.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Hendak Memandu Masuk ke Thailand dari Malaysia?

vaksin-covid-19
vaksin-covid-19-thailand

Bagi pengunjung tidak divaksin atau datang dari negara yang tiada dalam senarai dibenarkan, mereka wajib menjalani kuarantin 10 hari di hotel ditetapkan selain perlu menjalani dua ujian RT-PCR, iaitu apabila sampai dan pada hari ke-8 atau ke-9 dalam tempoh kuarantin.

Thailand juga akan membuka beberapa kawasan pelancongan yang sekarang berada di bawah perintah berkurung seperti Bangkok, Hua Hin, Pattaya, Krabi, Koh Chang dan beberapa kawasan di Chiang Mai bermula 1 November ini.

Malah, setiap pengunjung diwajibkan membeli insuran perubatan untuk perlindungan mininum AS$50,000 (RM207,480) dan menunjukkan keputusan ujian RT-PCR dengan keputusan negatif dalam 72 jam sebelum masuk negara itu.

Thailand menyambut 40 juta pelancong sepanjang 2019, tetapi jumlah itu merosot kepada 6.7 juta tahun lalu. Malaysia aialah negara yang menyumbang paling ramai pelancong ke Thailand selepas China. Namun, masih tiada berita sama ada kita boleh memasuki negara itu melalui jalan darat atau laut.

Related

283
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, Thailand, Thailand Buka Sempadan

Comments

  1. Hazita Binti Abd Rahim says

    October 31, 2021 at 3:15 PM

    How to enter phuket tru sandbox program 10 November 2021

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev