MULA dipamerkan semasa karnival My Auto Fest 2016 pada Mei lalu, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini membuka tempahan bagi model Hyundai Ioniq Hybrid yang dijual pada harga bermula RM130,000.
Hyundai Ioniq yang juga kenderaan mesra alam itu mula membuat kemunculan sulung di peringkat global semasa Geneva Motor Show pada Mac lalu.
Untuk makluman, Hyundai Ioniq diperkenalkan dalam tiga varian berbeza iaitu Hybrid, Plug-In Hybrid dan Electric. Bagaimanapun, hanya varian Ionoq hybrid saja yang akan dibawa masuk oleh HSDM.
Sementara itu, HSDM turut mengesahkan akan melancarkan Hyundai Ioniq Hybrid pada penghujung tahun ini.
PRESTASI
Hyundai Ioniq Hybrid dipadankan dengan enjin 1.6L GDI 4-silinder Kappa. Hasil gabungan kuasa motor elektrik, model pemasanga tempatan (CKD) di Kulim, Kedah itu mampu menghamburkan kuasa sebanyak 139hp dan tork puncak 265Nm. Yang pasti, pesaing terdekat Hyundai Ioniq Hybrid adalah Toyota Prius Hybrid.
Lebih menarik, Hyundai Ioniq Hybrid memilih pasangan kotak gear DCT 6-kelajuan berbanding pesaingnya yang lebih menggemarkan penggunaan transmisi CVT.
JANGAN LUPA DATANG
Bagi yang mahu melihat dan bergambar dengan Hyundai Ioniq Hybird, pastikan anda hadir ke pameran kereta Malaysia Autoshow 2016 di Pusat Pameran dan Konvensyen Mines (MIECC) bermula 10 November (esok) hingga 13 November 2016.
BACA>>> 6 Sebab Kenapa Anda Perlu Ke Pameran Kereta Malaysia Autoshow 2016
Leave a Reply